Friday, January 30, 2009

Sakit itu baik 2




Sekarang aku yang dilanda sakit demam. demam turun naik sepanjang hari. sakit kepalanya, masyaAllah, rasa nak retak tempurung kepala. sampai ke belakang bola mata pun berdenyut2 sakitnya. sendi2 kaki tangan sume nak ikut sakit2 jugak. sakit bukan main. buat Rumpe Leede Test tadi, petechie penuh satu tangan(student medic dah tau belum sakit apa ni??) exam ENT belum selesai lagi. hari ni hari terakhir untuk cari patient untuk exam. kalau tak dapat juga, alamatnya kena adaptasi, tambah 2 minggu lagi di department ni sebelum dapat ujian semula. ini semua gara2 dah atur masuk Surgery hari ahad ni. Surgery Dept ni bukan boleh cancel kan mudah2 je. susah nak daftar nama. kira beruntungla kalau boleh dapat awal2 tahun ni. sekarang mungkin jadualnya dah penuh sampai beberapa bulan akan datang. mungkin sampai akhir tahun 2009! jadi better tangguhkan saja exam ENT kalau tak dapat exam esok. adaptasi tu, kena la pandai2 cari waktu lain ye. hm, memang sakit itu baik, baik untuk memperingati kita, betapa nikmatnya menjadi sihat. betapa kita tidak mahu menggunakan nikmat itu sebaik2nya. lebih2 lagi sakit itu datang pada waktu kita benar2 memerlukan setiap otot dalam tubuh, kesemua tulang 4 kerat(tak medic langsung), dan otak yang mampu beroperasi lebih lama daripada manusia biasa. mohon doa semua agar dapat melalui mehnah ini dengan baik. Allahuakbar..

1 comments:

dalili said...

apa jwpnnya? sakit apa tuh~? hehe... :P