Thursday, January 01, 2009

Amir dan Masirah



Amir tergoncang dalam gelap
Dari gema dentuman
Bonda dan Masirah yang tergugup
Saat langit kembali terang

Malam itu malam selalu
Jiwa dan jasad yang bercerai
Lebih galak dari salakan anjing pasar
Sebentar riuh, lalu bungkam

Masirah kadang mahu terhibur
Pada percikan api di langit Gaza
Biar suasana hatinya lembur
Dalam darah pahlawan dan air mata

Bonda bilang kita sedang berkorban
Buat pertahankan punyanya Tuhan
Untuk tanah yang bertuah
Tanah yang terlalu dijanjikan

Amir mengintai cahaya merekah
Hatinya rindukan sesuatu
Rajuk rayunya pada bonda
Berhamburan air mata meminta

Pesan bonda tidak pernah dilupakan
Amir dan Masirah berpimpinan tangan
Riang hati meniti lorongan kota
Ke puing-puing sekolah tercinta

Makassar, 1 Januari 2009. Mari peduli Palestin!!!

5 comments:

Maisarah Shukri said...

Salam.

Err, nama sebenar ke rekaan semata-mata?

skit je lagi nak sama dgn nama SU Ipem..huhu

tidaklah dia sekuat itu untuk berada di tanah yang dijanjikan.

wallahualam.

Musafir said...

bukan nama sebenar, bukan juga nama orang Makassar =) semoga sentiasa mengingatkan betapa kita mirip dan serupa dengan saudara kita, dengan caranya yang tersendiri. kita itu aku dan kamu. kita itu satu

Musafir said...
This post has been removed by the author.
dalili said...

syahdu nyer baca... rasa mcm hanyut dlm puisi. haih~ i wish i have the talent like u guys larh~ haih~

Farid Nazmi said...

Syahdu..dan penuh makna..