
Ada suatu hakikat yang menganggu. Suatu perkara yang sejak dulu sudah leluasa di kalangan masyarakat Islam. Suatu hal yang orang banyak hanya menganggap biasa-biasa saja atau, boleh saya katakan sesuai dengan harapan semua, termasuklah empunya diri sendiri. saya bercakap tentang tradisi ratusan ribu graduan mahasiswi dari pelbagai universiti yang dilengkapi dengan ilmu-ilmu intelektual, 1001 macam kemahiran, daya pemikiran kritis dan idea-idea penuh wawasan, siap untuk bertempur dari balik tudung saji dapur. Musuhnya tidak lain hanya minyak panas percikan gorengan ikan pasar sabtu. Sungguh, ini bukanlah suatu hal yang menyedihkan. Sungguh-sungguh saya beritahu. Yang menyedihkan adalah kebanyakan dari mereka memilih untuk bersilat di situ, sepanjang hidup mereka. Dan mereka merasa cukup nyaman dengan berbuat itu-itu saja.
Saya pernah bertanya kepada beberapa sahabat perempuan di dalam dan luar negara, apa rancangan mereka setelah selesai kuliah nanti. Tidak sedikit yang ingin melanjutkan pelajaran atau bekerja, namun sebahagian besar dari mereka memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Bila ditanya kenapa, ada yang menjawab, “dah ada suami, tak perlulah selalu keluar rumah.” Ada yang berkata, “penatla belajar, nak rehat pulak.” Ada juga balas “anak-anak siapa nak jaga??”Ada pula yang menjawab, “Amik medik ni just nak puaskan hati sendiri. so bila dah habis nanti ingat nak duk rumah je.”
Bagi saya, wanita itu memang sangat diperlukan di rumah. Malah itulah tempat yang paling aman untuk mereka. Dalam buku ‘khodhoyal maráti fi fiqhil Qardhawy’ (buku terjemahan dalam bahasa Indonesia berjudul Wanita Dalam Fiqih Al-Qardawy) karya Dr. Amru Abdul Karim Saádawi mengutip kata-kata dari Syeikh Qardawy, “Pekerjaan wanita yang pertama dan utama yang tidak diperdebatkan adalah mendidik para generasi (anak-anak). “ Sekali lagi saya sangat bersetuju. Tetapi yang menjadi permasalahan di sini adalah, saat wanita muslimah tidak lagi produktif dan mengabaikan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.
Adanya seorang suami tidak bermaksud wanita lepas dari peranan mereka dalam komuniti. Apa lagi dengan jumlah pelajar universiti yang lebih dua per tiga adalah kaum hawa. Bayangkan saja jika setengah dari jumlah itu memilih untuk peluk bantal sambil menonton tayangan Hindustan jam 10 pagi sepanjang hidup mereka? Saya tidak melabel wanita suri rumah tidak produktif, tetapi kebanyakannya begitu, atau setidaknya perlahan mengarah ke sana. Saat hidup tidak memprovokasi dan kurang bermain resiko, kita akan mudah untuk leka dan lalai. Kita akan selesa dengan zona aman itu tadi. Nah, di sini bukanlah saya bermaksud agar semua wanita turun ke lapangan dan bekerja, tetapi ketahuilah bahawa tiap satu dari anda dituntut untuk kembali bermanfaat kepada masyarakat, sebagaimana juga lelaki. Hakikatnya pendidikan dan ilmu itu hanya berguna jika dimanfaatkan. Adakah anda bersekolah semata-mata untuk memuaskan hati manusia-manusia di sekeliling atau takut dilabel kurang / tidak berpendidikan? Ingat, “with great power, come great responsibilities.” Pakcik Peter Parker saja tahu soal ini.
Kita ditakutkan dengan fenomena brain drain di mana banyak ilmuwan-ilmuwan lari ke luar negara dengan alasan masing-masing. Negeri ini merasa dikhianati serta dirugikan. Kerana semua orang tahu, hanya dengan ilmu kita dapat berdiri sama tinggi dengan negara atau bangsa lainnya. Namun tanpa kita sedari potensi yang ada dalam negara masih ada yang tidak dimanfaatkan. Semuanya mengalir dalam selokan belakang rumah mereka. Kerugian yang dialami negara dengan anda menyorok di bawah dapur adalah lebih besar dari bencana apapun. Ini jelas adalah investasi yang buruk. Belum kita bicarakan tentang jutaan ringgit yang dilaburkan dalam proses pendidikan. Sikap jauh-jauh hari siap bergantung kepada suami atau bakal suami juga dapat membantutkan imaginasi, kreativiti serta usaha seorang wanita untuk masa depannya. Akibatnya mereka tidak akan berjiwa besar, banyak membuang-buang waktu dan tidak bermanfaat untuk dunia. Manja. Sedangkan di tangan merekalah bergantung masa depan kehidupan bangsa ini, dan di tangan mereka juga bergantung kehidupan umat manusia.
Maksud saya anda wajib keluar dan bekerja? Tentu tidak. Sungguh, tidak susah untuk bermanfaat. Kerana kita hanya berbicara tentang produktiviti, seharusnya tidak timbul persoalan karier, bekerja di luar atau di dalam rumah. Anda sudah pasti dapat bermanfaat dengan status sebagai seorang suri rumah. Saat anda mampu memberikan impak kepada masyarakat, dengan cara apapun, anda telahpun bermanfaat. Cari potensi atau minat yang ada pada diri anda, walaupun tidak sesuai dengan pendidikan anda sebelumnya. Kemudian cuba cari titik yang dapat menghubungkan potensi anda dengan profesi anda. Beberapa contoh saya berikan, seorang graduan doktor boleh saja buka daycare centre, dengan memberikan juga pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua anak kecilnya tiap bulan. Seorang lulusan Azhar boleh membuka kelas bahasa arab di rumah berselang dengan kelas mengaji untuk anak-anak. Seorang jurutera berbakat menulis dapat berdakwah dengan blognya sambil memberi khidmat konsultasi kejuruteraan kepada mahasiswa atau perusahaan yang berminat. Seorang ekonomis pula dapat menawarkan pelbagai skim tabungan serta sistem pengurusan wang mikro untuk keluarga teman-temannya disamping aktif dalam persatuan Islam sebagai bendahari. Atau anda boleh pergi lebih ekstrim dengan idea dan kapasiti masing-masing. Pasti lebih banyak lagi kemungkinan dan contoh yang baik dapat anda fikirkan sesuai minat dan profesi anda. Kadang anda tidak perlu melihat jauh. Bagi saya, contoh terbaik seorang suri rumah yang berjaya dalam keluarganya dan juga mampu bermanfaat kepada masyarakat tidak lain adalah ibu saya sendiri. Jadi saya yakin anda juga dapat bercermin kepada ibu masing-masing jika kurang idea atau tidak kuat berimaginasi.
Bagi wanita yang memilih untuk tetap berkarier dan bekerja luar rumah, ada cabarannya tersendiri. Dengan bekerja belum menjamin anda sudah bermanfaat. Kerana tidak mungkin seseorang dapat dinilai bermanfaat, jika belum mampu mengutamakan anak-anaknya. Saidina Ali Karamallahu Wajha pernah berkata, “Wajib atasmu untuk menyayangi anakmu lebih banyak daripada kasih sayangnya terhadapmu.” Mereka adalah investasi terbesar dalam urusan dunia akhirat. Tidak ada kerugian yang lebih besar dalam hidup daripada kegagalan urusan ini. Syeikh Qardawy menyebut, ”Allah telah menyiapkan fizikal dan jiwa wanita untuk melakukan tugas ini (mendidik generasi Islam @ anak-anak). Kerana itu, kita hendaknya tidak menyibukkan wanita dengan kesibukan lainnya, sehingga memalingkannya dari tugas yang mulia ini. Uraian ini tidak bermakna haram bagi wanita untuk bekerja di luar rumah. Sebagaimana diketahui, kaedah dasar setiap perkara itu hukumnya boleh kecuali ada dalil yang mengharamkannya. Pada dasarnya boleh bagi wanita untuk berkarier. Boleh jadi dianjurkan, atau bahkan diwajibkan jika memang terdesak oleh keperluan hidup, seperti janda atau wanita yang ditalak dan dia tidak mempunyai penghasilan, dan mempunyai kemahiran / ilmu untuk digunakan sehingga dengan demikian, wanita terselamat dari perbuatan meminta-minta.” Syeikh Qardawy menjelaskan batas serta syaratnya yang saya kutip dari buku yang sama.
1. Pekerjaan tersebut memang disyariatkan. Ertinya bukan pekerjaan haram atau membawa kepada perkara haram dan menimbulkan fitnah seperti pramugari yang mengharuskannya tersenyum menyambut penumpang atau melakukan perjalanan jauh tanpa mahram dan lain-lain.
2. Menjaga adab wanita muslimah saat keluar dari rumahnya, dengan menjaga cara berpakaian, berjalan, berbicara, bahkan bergerak. Allah berfirman, “katakanlah kepada wanita yang beriman, ‘hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” (An-Nur : 31).
3. Pekerjaannya tersebut tidak sampai melalaikan kewajipan utamanya, iaitu mengurus suami dan anak-anaknya. Sebab, itulah pekerjaan dan kewajipan yang paling utama bagi seorang wanita.
Semoga bermanfaat untuk semua. Wa’Allahu a’lam.
Tuesday, June 02, 2009
Desperate housewives
Posted by Musafir at 9:52 AM 1 comments Links to this post
Labels: My point of view
Tuesday, May 05, 2009
Just A Thought
Many people said things based on their experiences, and not by what they learn from it.
Posted by Musafir at 11:20 PM 0 comments Links to this post
Labels: Quotable quotes
Sunday, May 03, 2009
Just A Thought
Life's a choice. seriously.
Posted by Musafir at 6:54 AM 0 comments Links to this post
Wednesday, April 29, 2009
Just A Thought
"In order to save lives, save yours first."
Posted by Musafir at 4:20 PM 0 comments Links to this post
Labels: Quotable quotes
Wednesday, April 15, 2009
Make A Prayer

O people
In a hut made of tin and clay
A small boy dreams away
Of clean water and a meal a day
And not to fear mines as he plays each day
O people
Somewhere dark and out of the way
Aids has found yet another prey
To save his life he just couldn’t pay
Tell me what we’re going to do
For our brothers in Durban
For our sisters in Darfur
Show me what we’re going to do
Are we just going to sit there?
Nice and cosy on our armchairs
Will we not even make a prayer?
You might ask yourself
Why should I help these people?
They’ll tell you why
We’re not so different from you
We have dreams just like you
But they were buried with the
bodies of our loved ones
O people
Are we deaf, dumb, and blind?
What is going through our minds?
Don’t we care for the rest of mankind?
O people
We claim to love peace and justice
Why do we preach what we don’t practice?
Let’s help them out of this darkness
Tell me what we’re going to do
For our brothers in Ethiopia
For our sisters in Rwanda
Show me what we’re going to do
Are we just going to sit there?
Nice and cosy on our armchairs
Will we not even make a prayer?
Sami Yusuf
Posted by Musafir at 12:24 AM 0 comments Links to this post
Labels: Lyrics
Friday, April 03, 2009
Saturday, January 31, 2009
Alhamdulillah
Alhamdulillah, segala puji bagiNya. demam dah mulai menyurut, mudah2an esok dah sihat sepenuhnya. tadi rupa2nya sempat juga ujian kerana kebetulan ada pesakit yang bagus untuk dijadikan kes ujian. hasilnya lulus, syukur ya Allah.
Pagi ahad ini saya akan memulai attachment di departemen bedah yang berkelanjutan sehingga 11 minggu. beberapa minggu awal kami akan menginap di hospital dan tidak dibenarkan untuk pulang. kami akan menjadi penghuni tetap unit kecemasan nanti. jadi kemungkinan besar blog ini akan sunyi selama beberapa waktu. mudah2an tidak disengajakan untuk berlama2, insyaAllah..
Mohon doanya sahabat2 semua.
Posted by Musafir at 12:42 AM 0 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality
Friday, January 30, 2009
Sakit itu baik 2

Sekarang aku yang dilanda sakit demam. demam turun naik sepanjang hari. sakit kepalanya, masyaAllah, rasa nak retak tempurung kepala. sampai ke belakang bola mata pun berdenyut2 sakitnya. sendi2 kaki tangan sume nak ikut sakit2 jugak. sakit bukan main. buat Rumpe Leede Test tadi, petechie penuh satu tangan(student medic dah tau belum sakit apa ni??) exam ENT belum selesai lagi. hari ni hari terakhir untuk cari patient untuk exam. kalau tak dapat juga, alamatnya kena adaptasi, tambah 2 minggu lagi di department ni sebelum dapat ujian semula. ini semua gara2 dah atur masuk Surgery hari ahad ni. Surgery Dept ni bukan boleh cancel kan mudah2 je. susah nak daftar nama. kira beruntungla kalau boleh dapat awal2 tahun ni. sekarang mungkin jadualnya dah penuh sampai beberapa bulan akan datang. mungkin sampai akhir tahun 2009! jadi better tangguhkan saja exam ENT kalau tak dapat exam esok. adaptasi tu, kena la pandai2 cari waktu lain ye. hm, memang sakit itu baik, baik untuk memperingati kita, betapa nikmatnya menjadi sihat. betapa kita tidak mahu menggunakan nikmat itu sebaik2nya. lebih2 lagi sakit itu datang pada waktu kita benar2 memerlukan setiap otot dalam tubuh, kesemua tulang 4 kerat(tak medic langsung), dan otak yang mampu beroperasi lebih lama daripada manusia biasa. mohon doa semua agar dapat melalui mehnah ini dengan baik. Allahuakbar..
Posted by Musafir at 12:40 AM 1 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality
Monday, January 26, 2009
Sakit itu baik

Haniif sakit. Dia yang baru beberapa minggu di Surgery Department dah mulai mengigil, seram sejuk dan mengigau. Tidur hanya beberapa jam sehari, dan kalau tidak sedang makan, solat, atau buang hajat, pasti muka setengah hidupnya terpampang depan UGD/A&E, berbaju biru muda dan celana ikat pinggang getah menanti pesakit baru yang pecah appendix, patah femur, atau ditikam, dengan senyum seringainya yang khas. Merindingkan bulu kuduk sesiapapun yang melihatnya. Aku simpati padanya.
Hari ini aku menziarahinya di hospital Ibnu Sina, Hospital Universiti Muslim Indonesia. Universiti swasta ini dan UNHAS sahaja yang menawarkan pendidikan perubatan di Makassar. Haniif yang tergelatak di tempat tidur, kelihatan tidak berdaya, putus harapan. Badannya panas suam, hangat sedikit daripada belakang laptop setelah marathon Mario Puzo’s The God Father 1,2 dan 3. Orangnya yang sebelum ini periang telah mula meriang. Lelucon yang dikumandangkan meriah oleh teman-teman lain, saling bersahutan, hanya ditanggapi dengan senyum seringainya, pastilah yang khas itu. Sepertinya ketawa, tetapi stomatitis di faringnya membuat wajahnya kelihatan seperti sedang convulsion dan trismus dalam waktu bersamaan. Sungguh-sungguh dia ingin memuliakan tetamunya. Begitupun, aku terharu dengan apa yang aku lihat di kamarnya. Begitu banyak makanan dan minuman yang dibawa oleh teman-teman untuk Haniif. Sebahagiannya dibeli, ada yang dibuat sendiri. Walaupun hampir semuanya dihabisi oleh pengunjung juga, nilai ukhuwwah dan menunaikan hak saudara seislam untuk menziarahinya ketika sakit, tidak luput dari komuniti kami. Terutama mengingatkan bahawa orang sakit itu selalu hilang selera makan.
Setelah beberapa jam menemani Haniif di sana, aku mengucapkan salam dan doa syafakallah sebelum melangkah pulang. Setibanya di kawasan perumahanku, jemaah sudahpun pulang dari masjid menandakan selesai solat Maghrib majmu’. Aku bergegas masuk ke rumah, mandi dan bersiap menunaikan kewajipanku yang terlambat. Innalillah. Seusai solat maghrib, aku mencapai Mushaf terjemahan dan mulai membelek surah yang mana untuk dibaca. Aku tergerak untuk berhenti pada surah Yunus, dan mulai membacanya. Setelah membaca beberapa lembaran, aku cuba mentadabburi maksud dari ayat-ayat yang telah kukumandangkan tadi sehinggalah aku ketemu dengan ayat ke 12 yang bermaksud :
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.“
Berdiri bulu kudukku mendengarkan ayat-ayatNya yang begitu teliti ditata sedemikian rupa, sehinggalah hari ini kutemukannya dalam keadaan aku baru saja pulang dari menziarahi orang sakit. Bukanlah kebetulan sebenarnya aku menziarahi Haniif hari ini, bukan juga kebetulan aku memilih surah Yunus untuk tilawah. Aku kembali mencela diriku yang menyerupai golongan hambaNya yang mudah lupa pada nikmatNya. Hari ini menangis berharap, esoknya sombong bukan main. Hari ini mahu bersyukur, esoknya mulai berdengkur.
Sudah berapa kali kita mengalami hal yang sama seperti yang disebut dalam ayat di atas? Ketika ada ujian, sakit, musibah dan hal-hal yang memerlukan keajaiban dan intervensi Tuhan, tak segan-segan kita meminta, dalam berbaring, duduk, dan berdiri. Dalam berbaring di katil ketika sakit, dalam duduk di ruangan ujian, dan dalam berdiri antara garis hidup dan mati pesakit. Namun setelah ujian, setelah sihat, dan setelah diangkat musibah tersebut, berapa di antara kita yang benar-benar mempelajari erti bersyukur? Berapa di antara kita yang merasa seolah-olah tidak pernah berdoa sebelumnya? Yang merasa lulus kerana ilmunya? Merasa sihat kerana ubat mahalnya? Merasa menyembuhkan dengan kemampuannya? Kemudiannya Allah menyambung dengan sindiran keras “demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” Ternyata proses pembodohan berulang-ulang antara meminta dan kemudian melupakan, telah dijadikan sesuatu yang indah kepada mereka yang tidak berfikir. Semoga kita dijauhkan dari terjebak dalam siklus fatamorgana yang hina ini.
Tuhan selalu ada cara yang luar biasa untuk menyedarkan kita, dan tidak ada waktu yang lebih baik untuk mengingatkan melainkan saat kita mulai melupakan. Mungkin salah satunya dengan menjadikan kita sakit.
Posted by Musafir at 3:48 AM 0 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality
Tuesday, January 20, 2009
Just A Thought
"If my iPod runs out of battery, I’ll just sing."
Posted by Musafir at 1:05 AM 1 comments Links to this post
Labels: Quotable quotes
Wednesday, January 14, 2009
Siapakah Yahudi?

Siapa antara manusia Yahudi ini?
Nabi Isa AS(asal).
Tetapi di kalangan Yahudi yang 'murtad' dan menyembah sekularisme ramai. Mereka jugalah Yahudi zionis yang membuang agama dari kehidupan serta memegang kepercayaan 'matlamat menghalalkan cara.' Antaranya
Tokoh Sains dan Falsafah
Albert Einstein, saintis. Sigmund Freud, tokoh psikoanalisis, Karl Marx, Paul Samuelson, Milton Friedman.Benjamin Rubin(pengasas suntikan pelalian), Johas Salk (vaksin polio), Getrude Elion (ubat lawan leukimia), Baruch Blumbergh (vaksin Hepatitis B), Paul Ehrlich (ubat untuk siflis), Elie Metchnikoff (Hadiah Nobel penyakit berjangkit), Bernard Katz(Hadiah Nobel transmisi neuromuskular), Andrew Schally (Hadiah Nobel sistem endokrin dan kencing manis), Aaron Beck (Rawatan mental dan terapi kognitif), Gregory Pincus (pencipta pil perancang keluarga), George Wald (Hadiah Nobel kajian mata manusia), Standley Cohen (Hadiah Nobel embriologi), Willem Kolff (mencipta mesin dialisis buah pinggang).
Sejak 105 tahun, orang Yahudi telah memenangi 90 kali Hadiah Nobel dan 3 kali oleh orang Islam.
Tokoh Perniagaan
Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbucks's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Komputer), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin&Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Pemimpin-peminpin dunia
Richard Levin (Presiden Univ Yale University), Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright( Bekas SU negara AS), Alan Greenspan (pembantu Presiden AS di zaman Reagan, Bush, Clinton dan G Bush), Maxim Litvinov (Bekas menteri luar Soviet Union), David Marshal (Bekas Ketua menteri pertama Singapura), Isaac Isaacs (Bekas Gabenor Jeneral Australia0, Benjamin Disraeli (Penulis Britain), Michael Howard ( Bekas SU AS), Jorge Sampaio (Bekas Presiden Portugal), Robert Rubin (Bekas SU Perbendaharaan US).
Media Massa
Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (Ketua editor Time), Katherine Graham (Penerbit The Washington Post), Joseph Lalyyeld (Editor Eksekutif The New York Times), dan Max Frankel (The New York Times).
Hartawan
George Soros (penyangak mata wang)- menderma AS 4bilion dolar membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Anneberg- menderma 2 bilion dolar AS membina ratusan perpustakaan.
Sukan
Mark Spitz- meraih 7 pingat emas di Olimpik, Lenny Krayzelburg- 3 kali pingat emas Olimpik. Boris Becker dan Spitz Krayzelburg adalah Yahudi.
Hiburan
Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis, Peter Falk.
Hollywood diasaskan oleh Yahudi. Pengarah dan penerbit Yahudi; Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1,2,3), Michael Man (Staesky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief of Baghdad), Ivan Reitman (Ghostbusters).
FAKTA LAIN.
Di Washington, terdapat pertubuhan lobi Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi 'membuat apa saja' demi Israel.
William James Sidis dikatakan menusia tercerdik (IQ 250-300) adalah Yahudi.
Mengapa umat Islam kini lemah?
Umat Islam dianggarkan 1 bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah, dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia adalah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam.
57 negara anggota OIC dicampur semua, mempunyai 500 buah universiti atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5758 universiti, India mempunyai 8407 universiti.
Tahap celik umur di negara maju ialah hampir 90 peratus dengan 15 negara mempunyai 100 peratus celik umur. Manakala negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mencapai 100 peratus celik huruf.
Negara majoriti umat Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap perjuta penduduk. Di AS, 4000 persejuta, Jepun 5000 persejuta. Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan sebaliknya di negara maju, membelanjakan 5 peratus KDNKnya.
Di Pakistan, hanya ada 23 buah akhbar harian per 1000 rakyatPakistan sementara nisbah di Singapura ialah tiga ratus enam puluh. Di UK, jumlah judul buku perjuta orang ialah 2000 sementara di Mesir ialah 20.
Jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah bawah AS$2 Trilion. Amerika sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 TRilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion, dan Jerman AS$2.4 trilion.
Negara pengeluar minyak, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$500 bilion, berbanding Sepanyol AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan
Nak benci yahudi? Mulai dari membenci sifat munafik dalam diri kita. Titik.
Posted by Musafir at 11:43 PM 2 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality, Quotable quotes, Stories to be told
Sunday, January 11, 2009
Bukan Zaman Abrahah
Dunia Islam kembali digegarkan oleh pembunuhan massal di Palestin, tanah suci ke-3 milik kita. Sehingga artikel ini ditulis, telah syahid 875 orang penduduk Gaza yang mana 40% adalah dari kalangan wanita dan anak-anak kecil. Namun umat Islam saban hari hanya mengirimkan doa kutukan agar Israel laknatullah dievaporasi dari muka bumi. Itupun jika teringat untuk mendoakan saudara-saudara kita di sana. Masih sedarkah saudara bahawa peristiwa berdarah ini adalah hanya ulangan dari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sejak dahulu lagi? Kita diludah dan dipijak sejak berzaman lamanya. Umat ini sudah merasakan segala bentuk penindasan dan penghinaan dari seluruh dunia sehingga manusia beragama manapun yang melihat akan selalu simpati dengan kedudukan kita kini; Lemah, terkebelakang, ditindas, dan ramai. Bukankah sepertinya Tuhan tidak adil? Dia seharusnya menyebelahi kita! Seharusnya dia menurunkan ‘Burung-Burung Ababil’ dan ‘Banjir Besar’ buat menghancurkan mereka yang zalim kepada umat Islam. Seharusnya Dia membalikkan bumi Israel dan menguburkan anjing-anjing itu ke lapisan bumi yang terdalam.. Tidakkah Tuhan itu selalu adil?
Hampir semua orang mengetahui kisah raja Abrahah, yang datang dari Yaman dengan tentera bergajahnya untuk menghancurkan Ka’abah. Kerana iri atas kemakmuran Ka’abah yang selalu mendapat kunjungan orang untuk beribadah, dia mencela kuil-kuil dan tempat ibadah yang dibangunnya sendiri dan berjanji untuk meruntuhkan Ka’abah. Sebelum memasuki Mekkah, ia berhasil merampas 200 ekor unta milik pemimpin kota Mekkah, tidak lain adalah Abdul Muttalib, datuk kepada Rasulullah SAW. Ketika Abrahah memasuki kota Mekkah, datanglah Abdul Mutallib untuk berunding, dengan menyedari niat Abrahah untuk meruntuhkan Ka’abah. Abrahah dengan penuh hormat menyambut dan memuliakannya. Lalu ia meminta Abdul Mutallib mengambil tempat duduk disampingnya, kerana ia sangat menghargai dan menyeganinya sebagai pemimpin kota yang mulia. Abrahah bertanya kepadanya, “Ada perlu apa, wahai Abdul Mutallib?” Abdul Mutallib menjawab, “permintaanku adalah agar dikembalikannya 200 ekor untaku yang telah dirampas.” Abrahah terkejut, kerana yang disangkakan permintaannya adalah agar tidak menghancurkan Ka’abah. Abrahah berkata, “apakah engkau hanya sibuk memikirkan 200 ekor untamu yang dirampas? Sementara terhadap Baitullah yang menjadi symbol agamamu dan agama nenek moyangmu tidak engkau pedulikan?” Abdul Mutallib menanggapi dengan ungkapannya yang popular, “Sesungguhnya, aku hanya pemilik unta-unta itu, sedangkan Baitullah itu empunya Rabb, yang akan menjaganya..”
Penduduk Mekkah menunjukkan sikap pasif. Mereka bersembunyi di kaki-kaki gunung, mengosongkan kota Mekkah, dan menyerahkan sepenuhnya kepada Abrahah agar ia, bala tentera, dan pasukannya yang mengendarai gajah memasuki dan meluluhlantahkan Ka’abah. Timbul persoalan, mengapa burung-burung Ababil tetap turun kepada kaum yang mempunyai sikap pasif dan pengecut? Sebabnya, sudah menjadi Sunatullah dalam memusnahkan kaum yang zalim dengan perkara-perkara yang ajaib, sebelum kelahiran Manusia Agung. Dalam historis, Kita juga dapat melihat kisah-kisah yang hampir serupa dalam perjuangan para Nabi sebelum Baginda, seperti kisah Nabi Nuh, Nabi Luth, dan Nabi Musa AS. Namun demikian, hanya berselang 50 hari setelah pemusnahan Abrahah dan pasukannya, Allah memberikan syariat baru dalam membinasakan orang-orang zalim, bertepatan dengan kelahiran Rasulullah SAW. Peristiwa ‘tentera bergajah’ merupakan peristiwa terakhir dalam menolong agama Allah dengan cara yang luar biasa. Setelah itu, syariat tersebut ditegakkan dan sering bergema dengan jelas dalam bacaan-bacaan solat kita :
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu, dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad : 7)
Kaum muslimin terlebih dahulu dituntut beramal dan berbuat secara tulus ikhlas kepada Allah semata-mata dan sesuai tuntutan sunnah Rasulullah SAW. Jika kita telah mempersembahkan kerja keras dan amal, nescaya Allah akan menurunkan bantuan serupa dengan ‘Burung Ababil’ untuk membantu kita menghapuskan musuh. Ini merupakan sunatullah yang baru dan khusus hanya untuk umat Muhammad sehingga akhir zaman nanti. Tidak akan ada perubahan dan penyimpangan darinya. Kerana itu penantian dari sebahagian umat Islam untuk melihat bagaimana bentuk pembalasan Allah atas orang-orang yang zalim hanyalah penantian yang teramat panjang dan sia-sia. ‘Burung Ababil’ dan pertolongan lainnya tidak akan turun kecuali dengan usaha dan perjuangan dari setiap individu muslim.
Allah telah memberikan aturan-aturan yang jelas dalam melakukan perubahan dan keberadaannya berbeza sesuai tahapan yang dilalui oleh kaum muslimin. Pada suatu masa, kaum muslimin cukup hanya dengan dakwah. Boleh pula dakwah itu bersifat terang-terangan mahupun secara berahsia. Kadangkala, kaum muslimin perlu melakukan perjanjian damai. Namun, pada waktu yang lain, mereka perlu meninggikan bendera jihad. Semua aturan ini dapat kita rujuk pada para ulama’ dan meminta pandangan atas tindakan yang harus diambil umat Islam apabila berhadapan dengan masalah. Namun berapa orang yang komited dan peduli atas saran dan pesan mereka? Berapa pula yang tidak mahu ambil tahu tentang kewajiban seorang muslim dan tanggungjawabnya sebagai bahagian dari solidariti muslim seluruh dunia dan hanya berpeluk tubuh mendengarkan kisah melankolik umat dari kaca televisi? Itupun masih ramai yang beralih saluran jika mendengarkan berita tentang Gaza. Allahuakbar..
Masih ingatkah saudara pada kisah-kisah peperangan Baginda? Seburuk-buruk generasi adalah orang-orang kafir yang dipimpin oleh ‘firaun umat ini’, iaitu Abu Jahal. Mereka telah memerangi generasi umat terbaik yang pernah hidup di muka bumi yang berada dibawah petunjuk baginda Rasulullah SAW dalam peperangan pertama umat Islam; Perang Badar. Namun demikian, ‘Burung-burung Ababil’ tidak juga kunjung turun menghapuskan kaum kafir dan mencegah pertempuran terjadi. Sedangkan pasukan Baginda berlipat-lipat kali lebih mulia di sisi Allah dibandingkan dengan penduduk kota Mekkah ketika diserbu Abrahah. Sunatullah baru telahpun bermula, dan pasukan muslimin menyahutnya dengan keyakinan. Mereka mula mengatur strategi sebaik mungkin untuk melunaskan dan memenuhi syarat untuk meraih kemenangan, dan kemudiannya memanjatkan doa kepada Allah. Setelah melalui penderitaan, luka yang mengoyak, darah yang bersimbah, dan gugurnya satu demi satu syuhada, barulah pertolongan Allah hadir di medan jihad. PertolonganNya berupa malaikat, hujan, rasa takut dan gentar yang menyusupi hati orang-orang kafir, dan memecahbelahkan barisan dan hati mereka. Begitu juga yang dilalui oleh umat islam pada peperangan Ahzab dan Uhud. Tidak ada yang mereka lalui tanpa harga mati yang harus dibayar. Namun setelah mereka memenuhi bahagian mereka dari perjanjian (baca: Muhammad : 7), Allah pasti akan memenuhi pula bahagianNya.
Sedarlah saudaraku, bahawa kini bukan lagi zaman Abrahah. Tidak cukup jika hanya dengan menadah tangan dan berdoa ataupun membaca beberapa surah dari Al-Qur’an, akan dapat mengubah situasi di Gaza. ‘Burung-burung Ababil’ tidak akan turun untuk membinasakan kaum yang zalim jika kita hanya bersembunyi di balik kaki-kaki gunung. Dan ingatlah, sungguhpun upaya Abrahah untuk menghancurkan Ka’abah telah memurkakan Allah dengan kiriman AbabilNya, namun dosa menghancurkan Ka’abah dengan cara melepaskan satu persatu batunya adalah lebih ringan di sisi Allah berbanding mengalirnya darah mulia seorang muslim.
Kini sudah mencapai 875 jiwa dan jumlahnya semakin meningkat, hari demi hari.
“Yang terhitung itu selalu lakumu,
Bukan sekadar terbungkam kaku,
Kerna apapun yang ada hujungnya,
Hanya bermakna jika jiwamu bahgia.”
Petikan dari sajak Sepatu Langka
Rujukan :
Al-Qur’an
Laisa fi zaman Abrahah, oleh Dr. Raghib As-Sirjani
Al-Jazeera Network News
Posted by Musafir at 8:06 PM 0 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality, My point of view
Monday, January 05, 2009
Doa Buatmu Palestin

اللَّهُمَّ إِنَّ بِإِخْوانِنا الْمَنْكُوبِينَ فِي غَزَّةَ مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَعْلَمُهُ إِلاَّ أَنْتَ، وَإِنَّ بِنا مِنَ الوَهَنِ وَالتَّقْصِيرِ مَا لاَ يَخْفَى عَلَيْكَ، إِلَهَنا إِلَى مَنْ نَشْتَكِي وَأَنْتَ الكَرِيمُ القَادِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَنْصِرُ وَأَنْتَ المَوْلَى النَّاصِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَغِيثُ وَأَنْتَ المَوْلَى القَاهِر،
Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya) ?
اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَفاتِيحُ الفَرَجِ فَرِّجْ عَنْ إِخْوانِنا وَاكْشِفْ ما بِهِمْ مِنْ غٌمَّةٍ.
Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu.
اللَّهُمَّ يا عَزِيزُ يا جَبَّارُ يا قَاهِرُ يا قَادِرُ يا مُهَيْمِنُ يا مَنْ لاَ يُعْجِزُه شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّماءِ، أَنْزِلْ رِجْزَكَ وَعَذَابَك عَلَى اليَهُودِ الصَّهَايِنَةِ وَمَنْ يُعِينُهُمْ عَلَى الْمُسْلِمِينَ.
Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam.
اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَقَالِيدُ الأُمُورِ، يا مَنْ يُغَيِّرُ وَلاَ يَتَغَيَّرُ قَدْ اشْتاقَتْ أُنْفُسُنا إِلَى عِزَّةِ الإِسْلاَمِ، فَنَسْأَلُكَ نَصْراً تُعِزُّ بِهِ الإِسْلاَمَ وَأَهْلَهُ وَتٌذِلُّ بِهِ البَاطِلَ وَأَهْلَهُ.
Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya.
Posted by Musafir at 1:00 AM 0 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality, Quotable quotes
Thursday, January 01, 2009
Amir dan Masirah

Amir tergoncang dalam gelap
Dari gema dentuman
Bonda dan Masirah yang tergugup
Saat langit kembali terang
Malam itu malam selalu
Jiwa dan jasad yang bercerai
Lebih galak dari salakan anjing pasar
Sebentar riuh, lalu bungkam
Masirah kadang mahu terhibur
Pada percikan api di langit Gaza
Biar suasana hatinya lembur
Dalam darah pahlawan dan air mata
Bonda bilang kita sedang berkorban
Buat pertahankan punyanya Tuhan
Untuk tanah yang bertuah
Tanah yang terlalu dijanjikan
Amir mengintai cahaya merekah
Hatinya rindukan sesuatu
Rajuk rayunya pada bonda
Berhamburan air mata meminta
Pesan bonda tidak pernah dilupakan
Amir dan Masirah berpimpinan tangan
Riang hati meniti lorongan kota
Ke puing-puing sekolah tercinta
Makassar, 1 Januari 2009. Mari peduli Palestin!!!
Posted by Musafir at 12:22 AM 5 comments Links to this post
Labels: Beauty of art
Monday, December 29, 2008
73 Jalan

Mahu kita jalan yang benar
Dalam 73 jalanan ke Tuhan
Ingatkanku untuk apa kembara ini
Saat kau memilih langkah sendiri
Mahu kita jalan yang lurus
Harus ketemu di hujung garis
Tapi laluanmu yang tergeser
Kini kian lebar menjauh
Ayuh halakan langkahmu
Selalu harmoni dengan langkahku
Kita itu harus aku dan kamu
Kita itu hanya satu
Posted by Musafir at 3:16 AM 1 comments Links to this post
Labels: Beauty of art
Sunday, December 21, 2008
Sepatu langka

Nasib selalu bersama pemberani
Benarlah hukum sejak dahulu
Tuahnya ayam runcing di kaki
Tuahnya Bush dilempar sepatu
Hanya perlu satu jiwa yang meledak
Untuk jutaan munafik ikut bersorak
Yang menerbangkan sepatu langka
Kewajah manusia pengenggam dunia
Yang terhitung itu selalu lakumu
Bukan sekadar terbungkam kaku
Kerana apapun yang ada hujungnya
Hanya bermakna jika jiwamu bahagia
Posted by Musafir at 12:29 AM 0 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality, Beauty of art
Wednesday, December 03, 2008
The Disappearing Doctors

The pediatric infectious diseases (PID) team assembles in the hallway for rounds here at the children's hospital where I have worked for twenty-five years. I'm the attending physician during the next two weeks, and the other team members include the PID clinical fellow, two pediatric residents, a medical student, and two pharmacy students.
"Where's Diana?" I ask. Diana, a second-year pediatric resident, is doing a month-long elective on pediatric infectious diseases. On Monday afternoons and Wednesday mornings she is at her primary care continuity clinic. Today is Tuesday. She should be here.
"She was the night float on hem-onc last night, so she's home now," the PID fellow says, using hospital shorthand for hematology-oncology. "She'll be at her continuity clinic tomorrow morning and then here tomorrow afternoon."
"Well, where's Don?" I ask. Don, a third-year pediatric resident, is also taking an elective with PID this month.
"He had to cover the ICU [intensive care unit] today because of some glitch in the schedule. He'll be here tomorrow morning and then gone to his continuity clinic tomorrow afternoon."
Both residents working with the pid team are elsewhere today. They aren't available to examine their patients, to learn about new symptoms from the parents, to review the results of the most recent lab and radiographic tests, to review the nursing assessments for the past twenty-four hours, or to make recommendations for ongoing care for their patients. The PID fellow tried to do their work today as well as her own.
Residents like Diana and Don—young physicians learning to be clinical specialists—have long been the mainstay of medical care in teaching hospitals. Because residents traditionally worked in hospitals in the name of receiving education and because altruism is a hallmark of doctors, physicians-in-training have provided a considerable amount of clinical care while working long hours for relatively short pay. What's going on here? Why aren't Diana and Don on PID rounds as they were supposed to be? It's the result of cockamamie resident physician work schedules that look more like Bingo cards than a comprehensive system for providing coordinated medical care or educating future medical specialists. The erratic schedules are the unintended consequences of the new rules on resident work hours.
In 2003 the Accreditation Council for Graduate Medical Education (ACGME), which accredits U.S. medical training programs, instituted rules for resident work hours, sometimes called "the eighty-hour workweek"; the new rules limit residents' duty hours to no more than eighty hours a week. These rules govern the working conditions of the 100,000 young doctors-in-training in teaching hospitals across the United States and were developed both to protect patients from potentially unsafe medical practices by sleep-deprived physicians and to improve working and learning conditions for residents. The work rules, among other stipulations, limit both the number of consecutive days in a week and the number of consecutive hours in a shift that a physician-in-training can work; in addition, the rules require rest periods of at least ten hours between shifts.
Nobody wants procedures or important decisions to be made by exhausted, blurry-eyed, muddle-brained doctors, so the intent was to form medical teams that would work in rotating shifts, thus providing the physicians with adequate time off. As a result, several times a day, responsibility for patient care shifts as it is passed from team member to team member. Although several studies suggest that compliance with the new work rules reduces wandering attention on the part of the residents, might reduce actual or near-miss car accidents involving exhausted residents who've worked extended hours, and appears to reduce serious medical errors in ICUs, other studies are ambiguous about the outcomes of the rule changes. Furthermore, the validity of the methods and analyses in these studies and the generalizability of the results are open to discussion. In short, the total impact of the new rules on physician performance and learning, as well as on patient care and safety, remains largely unknown.
So we begin our rounds without Diana and Don. Today, like every day, we'll design therapeutic strategies for very sick children who have rare or complicated or difficult-to-treat infections. Many of these children have compromised immune systems caused by an accident of nature or by chemotherapy for cancer or by immunosuppressing drugs to prevent a transplanted organ from being rejected. As we walk through one of the wards, a first-year resident stops me in the hallway.
"Dr. G, could I ask you a question?"
"Sure."
"We have a patient with hypogammaglobulinemia and a protein-losing enteropathy. Should we continue his IVIG and trim-sulfa?" The resident has just described, in these few words, a patient with low antibody levels, most likely because too much protein, including antibodies, is passing into his stools. She's asking if the child should continue to receive intravenous immunoglobulin therapy to replace the antibodies and if the child should continue to receive the antibiotic trimethoprim-sulfamethoxazole.
"Well, that's complicated," I answer. "For starters, how old is the child? Why does he have a protein-losing enteropathy, and how long has he had it?"
The resident shuffles the papers in her hand. "Um, I really don't know him very well. I'm just cross-covering because his primary resident is 'post-call'." Translation: She's filling in for the patient's resident physician who was on duty overnight and, because of resident work hour rules, is unavailable today.
"I can't begin to answer your question without knowing the details," I say. "Why is the patient on the trim-sulfa, anyway?"
"Don't know."
"Will you be calling in our team to consult about this patient?" I ask.
"I don't think so. The senior resident told me to ask you about it."
"Well, I can't make recommendations about stopping treatment until I understand the whole situation. Put in for a consult and we'll figure it all out."
Is she a bad resident for asking me for a recommendation on a patient I don't know? No; like all residents, she has been given responsibility for the care of a very ill patient during the current eight-or ten-or twelve-hour shift, but she didn't take care of him yesterday and probably won't take care of him tomorrow. She doesn't know the full story of this patient's recent illness, doesn't know the long-term plans, and wasn't part of the previous decision making to design the patient's current treatment. This resident is filling an open shift in the schedule, and her goal is to place a check in the box beside the item on her list that says, "Ask PID about stopping IVIG and TMP-SMX."
Is this a bad hospital? No; stop-gap measures designed to provide physician care to all patients around the clock, seven days a week, are found in every teaching hospital in the United States. By limiting the number of work hours of each resident, however, the new ACGME rules have effectively decreased the hospital's resident physician workforce by 25 percent—in other words, a full quarter of them have gone missing.
The problem is that losing 25 percent of the workforce hasn't been accompanied by hiring additional physicians. As a regulatory agency, the ACGME issues mandates to ensure that young physicians receive excellent clinical training; it usually doesn't approve adding increased numbers of residents to a training program just to plug a hole in a hospital's need for clinicians.
A hospital's inability to increase the number of resident physicians isn't the only barrier to improved staffing—most hospitals can't afford increased numbers of residents anyway. At the same time that the new rules have come into effect, the resources to pay for medical care are vanishing. Medicaid and Medicare payments for health care services are decreasing, and insurance payments are following this lead. Furthermore, more and more patients—forty-seven million currently—have no insurance, which means that they don't pay—because they can't pay—the bill. Although so-called physician extenders (such as physician assistants and nurse practitioners) might take on some of the tasks of the missing physicians-in-training, nursing practice isn't medical practice; even advanced practice nurses or physician assistants haven't had the comprehensive training required to be good doctors. In addition, many physician extenders command salaries similar to those of physicians-in-training yet work only forty hours a week; hiring them as replacements would mean a 100 percent increase in costs.
We continue our rounds and enter the staff room, where an intern, seated at a laptop computer, is feverishly keyboarding a progress note that documents the current status and treatment plans of one of his patients.
A senior resident enters. "What are you doing here?" she asks the intern.
"Finishing up my notes."
"You can't do that. You've got to get out of here."
"But, the notes…"
"I'll do them for you. Make a list."
"I also wanted to check the rash on the kid with Kawasaki disease…"
"You can't. You've got to go home."
Apparently the intern in the staff room is up against the limits of the work rules and has been told to leave the hospital. There's no wiggle room. The ACGME requires training programs to report the actual hours spent in the hospital; it leaves it up to the training programs to figure out how to get the work done in the time allotted. If the intern continues on duty beyond the dictates of the rules, our training program might be cited for noncompliance. The penalty for too many citations: probation for the training program or possibly withdrawing the program's ACGME accreditation. A training program on probation or without accreditation has an extremely hard time attracting excellent resident physicians.
We proceed to the next ward. There we meet another resident who, earlier, had submitted a request for a PID consultation.
"Let's talk about the boy admitted last night with the neck mass," I say to her.
"Yeah…tell me what to do with him," she answers.
"Rather than my telling you what to do, let's think it through together so you'll understand how to do work-ups of kids with cervical lymphadenopathy."
"I don't have time for that.Please, Dr. G,just tell me what to do."
Besides ensuring excellent medical treatment for patients, the ACGME work rules were intended to keep residents alert so that they could fully engage in the work and education needed to become fine physicians. The rules, however, are backfiring. Residents no longer are able to observe the timing of a patient's response to an intervention; they can't follow the tempo of a fever or the bloom-and-fade cycles of a rash even when, as responsible physicians would, they sincerely want to. Their heads are crammed with the facts they've learned during medical school, but they can't see firsthand the course of a birth or a gall bladder attack or the phases of recovery from a surgical procedure and then integrate those facts into informed decision making. Instead of producing physicians with high professional standards who see their patients through to the end (of labor, of an operation, of an illness, of a life), the current system is creating a legion of shift-worker physicians who leave when the clock strikes a certain hour rather than when the job has been completed.
In evaluating their training programs, residents often ask for increased autonomy. They realize that in the future they'll be solely responsible for the care of their patients, and they worry that without a certain amount of autonomy during their training, they won't be adequately prepared for independent decision making. Yet with their current here-today-and-gone-tomorrow schedules, they can't be given increased autonomy—they won't be around for the next step or haven't been around for the last step. They don't have the big picture.
The children's hospital where I work contains what I consider the world's most precious treasure: children who are the future of our society. The other great treasure in my hospital is the young physicians of tomorrow who will carry forward our medical values, traditions, and practices. The reason that the doctors at my children's hospital are disappearing or aren't there when they're needed is, simply, inadequate resources to compensate for the restrictions of the new work rules and the resulting workforce reduction.
It's always about the money. In terms of the new ACGME regulations and providing medical care for children, we (meaning our society) can't seem to figure out the money part.Yes,to some extent, we might be able to work"smarter" with new technologies and information systems. Yes, we need to figure out how to streamline communication among the many team members. Indeed, we need resources to create real teams.
As we consider how to allocate medical and educational dollars, the question becomes, What's more important than healthy children and well-educated physicians? We know the answer: Nothing. But when the next question is, What are we doing to meet the challenge of having enough doctors for enough hours in all of our hospitals, we also know that answer: Nothing.
Jane R. Gilsdorf
Author Information
Jane R. Gilsdorf, a professor of pediatrics and director of Pediatric Infectious Diseases at the University of Michigan Medical Center in Ann Arbor. She is the author of Inside/Outside: A Physician's Journey with Breast Cancer (University of Michigan Press, 2006). gilsdorf@umich.edu
Available from http://www.medscape.com/viewarticle/575560_1
Posted by Musafir at 2:40 AM 1 comments Links to this post
Labels: Magnifying Medicine, Stories to be told
Saturday, November 22, 2008
M. Nasir - Ada
Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua
Dalam kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah
Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan
Dalam hutan
Ada taman
Dan dalam taman
Ada puterinya
Dalam baju
Ada cinta
Dan dalam cinta
Ada segala-galanya
Dalam awan
Ada hujan
Dan dalam hujan
Ada lautan
Dalam aku
Ada dia
Dan dalam dia
Ada kita ada semua
M. Nasir
Posted by Musafir at 2:54 AM 1 comments Links to this post
Labels: Beauty of art, Lyrics, Take a break
Saturday, November 08, 2008
Wang dari pengemis jalanan
“Makan ape hari ni?” itulah soalan yang paling sering muncul dari mulut kami para mahasiswa Malaysia di Makassar. Setidak-tidaknya kami teman serumah yang tidak kunjung bosan mengulang-ulang ayat tersebut, sebelum menyeringai sesama kami, dek mati akal mahu makan di mana. Bila malam mulai berlabuh, berat rasanya kepala nak memikirkan juadah santapan kami serumah. Yang pasti, bukan kerana pilihan yang merambangkan mata dan mengecutkan perut. Selama lebih 4 tahun di sini, belum ada tempat makan yang benar-benar dapat memanjakan selera dan mengiurkan bila memikirkan makanannya. Masak sendiri juga tidak terlalu membantu. Pun begitu, jawapan Nad telah membawa kami berdua ke tempat makan yang agak jauh sedikit dari rumah. Mengirakan poket yang kian bolong, memang berat rasanya makan di sana. Namun mengenangkan perut yang dah jemu dengan sajian jalanan, tak salah rasanya sesekali mencicipi makanan dalam ruangan berhawa dingin di Mall Panakkukang. Mak pun kata, bab makan jangan berkira. Jadi kenalah ikut cakap mak.
Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, kami berborak tentang pelbagai perkara. Dari berita kemenangan Obama sampailah tentang keadaan mahasiswa Malaysia di sini. Dalam diskusi kami sempat kami selitkan isu-isu yang terjadi di Indonesia. Banyaknya kes pembunuhan dan mutilasi yang terjadi baru-baru ini, menjadikan perbualan tersebut semakin rancak mengiakan klaim kami terhadap Indonesia. Tidak ada yang dapat menafikan, negara ini berada di dalam lembah masalah yang kian hari menenggelamkan rakyatnya. Setiap sisi dari negaranya menyumbangkan masalah dalam definisi masing-masing. Sehingga mereka yang tidak redha menjadi beban buat tanah air juga ikut terheret ke dalam sengsara tersebut. Terlalu banyak kuasa yang diberikan kepada orang yang sedikit sekali menghargai titis peluh rakyat yang menanggung beban negara. Belum dihitung jabatan-jabatan kerajaan yang dirangkul oleh orang-orang bodoh. Tidak hairan bila ada wakil rakyat dan menteri yang membeli sijil ijazah dan gelaran mereka untuk ikut bertanding dalam jabatan kerajaan. Jurang ekonomi sepertinya tidak akan pernah menipis. Terus menguak lebar seluas kantung wang para koruptor dan tikus – tikus busuk di sela-sela longkang dewan negara mereka. Aku dapat menyimpulkan pengajarannya sebagai : Lakukan sebaliknya daripada apa yang berlaku di negara ini.
Setelah selesai makan dan sekilas melihat beberapa kedai, kami langsung menuju ke motor untuk pulang. Nad yang diboncengi aku, siap dengan tiket parking dan wang untuk bayarannya. Sudah menjadi tradisi kami siapa yang dibonceng, dialah yang membayar tiket. Untuk menghargai orang yang membawa motor dan minyaknya sekalian mungkin. Daripada 3 pos pembayaran tiket, hanya 2 pos yang kami lihat motor lain beratur untuk membayar. “Yazid, amik line paling kiri tu, takde motor beratur!”. Tanpa berfikir panjang dan daripada beratur panjang, aku terus masuk ke pos pembayaran yang Nad maksudkan tadi. Aku langsung tersenyum setelah melihat kelibat di samping pos tersebut. “Patutla takde orang nak beratur kat sini, ada anak jalanan (pengemis kanak-kanak) rupanya. “ Bisik Nad. Motor aku berhenti bersebelahan dengan pos pembayaran. Sementara Nad sibuk bertransaksi, aku melihat telatah anak-anak kecil tersebut. Ada 2 orang, adik beradik mungkin. Sekitar umur 6-7 tahun dugaanku. Muka dan tangan mereka hitam dek dibakar matahari, pasti sudah bertahun-tahun lamanya. Corengan di muka dan pakaian lusuh mereka menambahkan kesayuan siapapun melihat keadaan mereka. Biasanya jika ada motor yang berhenti untuk membayar, mereka mula membinarkan mata dan memberikan ekspresi paling sedih yang termampu mereka tunjukkan demi meraih simpati dan mudah-mudahan, sedikit wang recehan dari orang lain yang lebih bernasib baik. Tetapi kali ini mereka tidak begitu. Salah seorang dari mereka sambil memegang tayar motorku, berkata kepada yang satunya lagi. “Motor seperti ini yang aku mahu beli nanti. Motor racing!”. Sungguh-sungguh dia cuba meyakinkan kata-katanya. Saudaranya tadi sibuk membelek motorku, sepertinya sudah termakan dengan kata-katanya. Aku hanya tersenyum melihat gelagat anak-anak berdua tersebut. Aku bisikkan kesedihan dalam hatiku. Betapa impian mereka masih jauh untuk digapai. Sedangkan sesuap nasi untuk esok harinya saja belum tentu ada. Aku mencela diriku yang selalu lupa untuk bersyukur.
“Opss!!” Wang kembalian dari pos bayaran parking tadi tidak semuanya erat di tangan Nad. Sehelai not seribu rupiah (40sen) perlahan jatuh ke samping motor. Aku yang merunduk untuk mencapai wang tersebut rupanya sudah didahului oleh tangan anak kecil yang comot tadi. Mata kami bertemu, saling berpandangan. Di tangan anak kecil itu tersemat kemas not seribu tadi. Dia tersenyum dan sambil melihatku, tangannya menghulurkan wang tadi kepadaku. Aku terdiam sebentar. Tanganku perlahan mencapai hujung not tersebut yang masih di tangannya. “Takpe, bagi je.” Tiba-tiba Nad bersuara dari belakang. Aku membalas senyumannya. Not tersebut kembali ke tangannya semula. “Terima kasih ya”. Ujarnya sambil tersenyum. Kamipun berlalu pergi.
Sepanjang perjalanan pulang, aku terus memikirkan bagaimana jika aku berada dalam keadaan seperti mereka. Tidak tentu makan dan minum hari ini, apatah lagi esok. Aku yang sudah dapat makan saja sudah banyak mengeluh. Sudah pasti mereka juga tidak bersekolah. Rumahnya entah diselokan kumuh yang mana. Itupun kalau ada. Kebanyakan mereka hanya berbumbungkan langit dan berselimutkan angin malam. Terbakar dek bahang panas matahari dan menciut dalam kedinginan hujan. Tempat permainan mereka ada disetiap ruas jalanan dan mimpi-mimpi mereka hanya mahu didengari Tuhan. Sekilas, sungguh tidak adil rasanya aturan dunia ini. Siapakah kita untuk menafikan hak mereka untuk sama menikmati kehidupan? Kenapa nasib mereka tidak sebagus kita? atau setidaknya layak untuk hidup dalam erti yang sebenarnya? Maha Suci Allah yang menjadikan tiap-tiap dari makhlukNya dalam sebaik-baik keadaan. Dia menciptakan seluruh manusia dengan peluang yang sama besar, cuma manusia yang sering mengikis kesempatan saudaranya. Besar atau kecilnya rezeki seseorang bukanlah urusan kita untuk menentukannya. Walaupun semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz, belum pernah ada yang pasti dengan rezekinya sehinggalah dia kembali kepadaNya. Aku bersyukur kerana hari itu aku telah diberi pengajaran. Pengajaran dari seorang pengemis. Pengajaran dari tangannya yang menghulurkan wang dan tanganku yang menerimanya. Sungguh, tidak ada orang yang mahu menadahkan tangan demi memanjangkan usia hidupnya. Kitalah yang selalu memaksa mereka, sama ada kita sedari ataupun tidak. Dunia tanpa kemiskinan itu tidak mustahil, jika kemiskinan dalam hati manusia dapat kita sirnakan.
90% kekayaan bumi dikuasai oleh 1% penduduknya.
Jalan ini jalan yang panjang.
Mulai kecil, mulai dari sekarang.
Posted by Musafir at 2:41 AM 2 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality, My point of view
Thursday, October 09, 2008
Monday, September 29, 2008
Selamat Hari Raya
Posted by Musafir at 3:03 PM 2 comments Links to this post
Labels: Take a break
Tuesday, September 16, 2008
Sesuap nasi di mulut yang kaku

Hari ini, kuah nasi bungkus buatku berbuka lebih masin dari biasanya.
Hari ini, sebungkus nasi mahu menjadikan aku tuhan manusia.
Hari ini, untuk kesekalian kalinya aku belajar untuk bersyukur.
Dulu, hari ini, dan selamanya, dunia memang tidak pernah berharga.
Posted by Musafir at 12:42 AM 2 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality, Stories to be told
Sunday, September 14, 2008
Thursday, August 28, 2008
Nation Under Construction
Posted by Musafir at 10:28 PM 0 comments Links to this post
Labels: Take a break
Thursday, August 14, 2008
Internal Medicine Examination
Examiner : Dr. H. Hasyim Kasim, Internist Subspecialist in Nephrology & Hypertension
Status : Passed (Alhamdulillah!!!)
Next stop : Malaysia (20-31 August 2008)
Posted by Musafir at 10:52 PM 2 comments Links to this post
Labels: Take a break
Saturday, August 09, 2008
Top 100 Public Intellectuals
They are some of the world’s most introspective philosophers and rabble-rousing clerics. A few write searing works of fiction and uncover the mysteries of the human mind. Others are at the forefront of modern finance, politics, and human rights. In the second Foreign Policy/Prospect list of top public intellectuals, we reveal the thinkers who are shaping the tenor of our time.
CLICK here and findout who are in the 100 list!!!
In our last issue, we named the world’s top 100 public intellectuals and asked readers to vote for those they deem most deserving of the top honors. Now, 500,000 votes later, we reveal the results of the reader poll. Plus, members of the Top 100 name the intellectuals they believe should have made the list.
They can say whatever they want. We are to prove it to them akhi, that we are truly the people of wisdom. Allahuakbar!!!
Posted by Musafir at 12:24 AM 0 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality, Know your heroes, Stories to be told
Wednesday, August 06, 2008
Sejauh manakah anda mempersiapkan diri?
Seterusnya beliau menulis: “Lihat, adakah harakah Islam ini mahu kembali kepada simple dan bentuk umum hanya kerana untuk mengelak dari kesukaran dan aman dan sebarang kebimbangan? Atau harakah ini akan melangkah maju lebih jauh ke depan memperincikan dengan detail tetapi terpaksa menanggung risiko akibat kemaraan dan kemelataan ini?” (Majalah Mujtama’ Kuwait Bil 115)
Dakwah Tanpa Fasa
Sebahagian pendakwah berasa cukup dengan apa yang dilakukannya sekarang. Dalam pemikiran mereka, mereka akan berterusan dengan bentuk dan medan yang mereka terlibat sekarang untuk 30 atau 40 tahun akan datang. Mereka mempertajamkan kemahiran tertentu dan terus mempertajamkannya untuk tempoh yang lama tanpa ada rasa perlu mempelajari kemahiran yang baru. Kumpulan atau harakah mereka juga dikekalkan pada tahap dan lingkungan amal tertentu untuk tempoh yang lama atas alasan masanya belum tiba untuk berpindah ke fasa (marhalah) seterusnya.
Banyak faktor yang memberi saham kepada fenomena seumpama ini. Sebahagiannya berpunca dari karektor pimpinan dan ahli harakah tersebut manakala sebahagiannya berpunca dari analisa mereka terhadap realiti kekuatan dalaman dan persekitaran luaran.
Dakwah Ini Simple?
Terdapat pendakwah yang mempunyai karektor simple dan melihat semua perkara dengan pandangan yang simple. Mereka beranggapan bahawa penyelesaian kepada krisis yang berlaku kepada umat sekarang boleh diselesaikan dengan bertambahnya orang-orang soleh yang faham, memiliki fikrah Islam dan bersemangat. Mukadimahnya betul tetapi langkah seterusnya agak kelam.
Para sahabat r.a. faham dari awal penggabungan diri di dalam Islam bahawa kesudahan dakwah adalah keruntuhan kerajaan dan sistem jahiliah serta bangunnya kerajaan dan sistem Islam. Setiap detik adalah peningkatan keupayaan dan kemampuan ke arah itu. Ada aspek strategi dalam dakwah Rasulullah s.a.w. Ianya amat ketara bagi yang memerhatikannya.
Rasulullah s.a.w. sendiri tidak memiliki karektor simple sebagaimana yang dibayangi oleh mereka. Rasulullah s.a.w. memilih sasaran dakwahnya, memilih tempat perkumpulannya, memindahkan dakwah ke fasa yang lebih atas, menyediakan para sahabat r.a. untuk fasa itu, memiliki kemampuan untuk berhujah dan berdiplomasi ketika perlu, memilih negara hijrahnya dan bersedia untuk menghadapi Yahudi sejak dari awal sebelum melangkahkan kaki meninggalkan Mekah.
Ada tasawur untuk mengunjurkan dakwah selangkah ke depan. Gambarannya jelas dan langkahnya juga boleh dicerita dan dilakarkan. Walau pun ada unsur tawakal dalam menyerahkan apa yang akan berlaku sesudah melangkah, tetapi unsur mengambil asbab musabbab dan mengambil perkiraan lojik akal dalam mengandaikan-andaikan hasilnya sama sekali tidak pernah dipinggirkan.
Karektor yang simple ini tidak mahu berfikir lebih dari rutin hariannya dan aktiviti-aktiviti tradisi yang sudah diamalkan sejak sekian lama. Mereka memerangkapkan diri mereka di situ menjadikan akhirnya mereka sendiri akan tertanya-tanya ‘ke mana dakwah ini akhirnya?’.
Bacaan Yang Salah Dari Jiwa Yang Lemah
Ada pepatah yang mengatakan: ‘orang biasa menunggu peluang tetapi orang hebat mencipta peluang’. Jika kita mahu mengubah realiti, besarkanlah jiwa dan minda sehingga menjadi orang hebat. Kerana jiwa dan minda yang besar sahaja yang mampu mencipta peluang-peluang untuk mengubah apa yang dihadapi oleh umat sekarang. Mereka tidak menunggu.
Jika tidak, berpusing dan ulanglah apa yang dilakukan sekarang. Teruskan kerana kita masih lagi belum kuat untuk menghadapi suasana luar yang mencabar. Inilah mentaliti sebahagian pendakwah. Dengan mentaliti ini mereka ‘beku’ di tahap tertentu dan berasa belum tiba masanya untuk muncul ke depan secara perlahan-lahan.
Persoalannya; bilakah kita akan bersedia? Benarkah tindakan ini hasil analisa yang tepat atau lebih kepada kerana kita sememangnya lemah dan tidak mampu melangkah ke depan?
Kekuatan akan terbina secara perlahan-lahan. Kemampuan juga akan meningkat hanya dengan masuk ke medan beserta bimbingan.
Amat memalukan apabila pendakwah yang ditarbiah dengan tarbiah yang hebat tidak mampu menyaingi kelantangan suara dan keberanian seorang aktivis biasa yang tidak pernah mendapat apa-apa habuan dari tarbiah harakiah. Sedangkan dia sebenarnya ditarbiah supaya suaranya didengari dan sentuhannya dirasai oleh masyarakat di luar.
Mereka meletakkan diri mereka terlalu bawah dan selesa dengan peranan-peranan di belakang tabir. Jika mereka pimpinan harakah, mereka tidak mengimani keperluan anggota-anggota harakahnya untuk mula sedikit demi sedikit terlibat di dalam medan yang lebih luas dan terbuka. Atau pun mereka takut anggota-anggota harakah mereka hilang dari kawalan kerana mereka masih ‘muda’.
Dengan itu pentarbiahan juga akan berputar pada mufradat (perbendaharaan kata) yang sama. Temuilah mereka dan harakah mereka 20 tahun akan datang; samada mereka terus kekal dengan cara mereka atau sebahagiannya sudah pun meninggalkannya. Masyarakat terus tidak mengenali mereka dan tidak merasai sentuhan mereka kerana mereka belum bersedia.
Bersedialah Untuk Maju dan Memajukan
Sentiasa mempelajari sesuatu yang baru, bersungguh-sungguh dalam usaha pewarisan kemahiran dakwah, berani untuk ke depan dan sentiasa mengambil peluang dari apa juga yang datang’ begitulah sikap kita sepatutnya.
Harakah dakwah akan maju dengan sikap itu. Masyarakat akan mula merasai sentuhan-sentuhan tangan pendakwah-pendakwah yang hebat. Perkumpulan orang-orang jahat akan merasai ancaman dan mereka mula mendapat isyarat yang jelas tentang kesudahan mereka.
Tanpa sikap ini, kita tidak akan bergerak ke mana-mana. Persiapkanlah diri untuk sentiasa ke depan.
Posted by Musafir at 1:16 AM 0 comments Links to this post
Labels: My point of view
Thursday, July 31, 2008
Jackie Chan talks
said Jackie Chan while teaching his student about martial arts in the film The Forbidden Kingdom
Posted by Musafir at 9:33 PM 0 comments Links to this post
Labels: Quotable quotes
Saturday, July 26, 2008
Syeikh Yusof Al-Qardawy
Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi, sebuah nama yang telah sinonim dengan Islam bagi orang-orang barat. Kerana kewibawaan beliau, banyak daripada fatwa dan buah pemikirannya menjadi panutan bahkan undang-undang di sesetengah negara Islam. Buku hasil tulisannya yang puluhan jumlahnya (mungkin ratusan sekarang?) selalu menjadi pilihan umat Islam di seluruh dunia untuk dijadikan rujukan dalam memahami Islam dengan lebih baik. Karya – karya beliau seperti Al Halal wal Harem fil Islam, Fiqh Maqashid Syariyah, Fiqh al-Ghina’ wa Al-Musiqi fi Dhau’ Al-Qur’an (my favorite !), dan Fiqh Aulawiyyah sepertinya telah menjadi buku teks wajib untuk mendalami bidang-bidang tersebut. Nama beliau adalah jaminan kesungguhan dan ketelitian dalam menyampaikan usul ataupun pandangan dalam buku-buku beliau, dikupas tuntas, gamblang, sesuai tempat/zaman dan adil dari semua sisi. Tetapi sejauh manakah anda mengenali sosok yang luar biasa ini?
Beliau lahir di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafath Turab di tengah Delta pada 9 September 1926. Usia 10 tahun, ia sudah menghafal al-Qur’an. Menamatkan pendidikan di Ma’ahad Thantha dan Ma’ahad Tsanawi, Qardawi terus melanjutkan ke Universitas Al-Azhar, Fakultas Ushuluddin, dan lulus pada tahun 1952. Tapi gelar doktornya baru dia peroleh pada tahun 1972 dengan disertasi “zakat dan dampaknya dalam penanggulangan kemiskinan”, yang kemudian disempurnakan menjadi Fiqh Zakat. Sebuah buku yang sangat komprehensif membahas persoalan zakar dengan nuansa modern.
Sebab keterlambatannya memperoleh gelar PhD, kerana dia sempat meninggalkan Mesir akibat kejamnya rezim yang berkuasa pada saat itu. Ia terpaksa menuju ke Qatar pada tahun 1961 dan di sana sempat mendirikan Fakulti Syariah di University Qatar. Pada waktu yang sama, ia juga mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi. Ia mendapat kewarganegaraan Qatar dan menjadikan Doha sebagai tempat tinggalnya.
Dalam perjalanan hidupnya, Qardawi pernah mengenyam “pendidikan” penjara sejak muda. Saat Mesir dipegang Raja Farouq, dia terbungkam dalam penjara kerana keterlibatannya dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin. Pada tahun 1956, ia ditangkap lagi saat terjadi Revolusi Jun di Mesir. Bulan Oktober kembali dia terpenjara di tahanan militer selama 2 tahun. Qardawi terkenal dengan khutbah-khutbahnya yang berani sehingga sempat dilarang sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalik. Alasannya, khutbahnya dinilai menciptakan kelainan pandangan umum tentang ketidakadilan rejim pada waktu itu.
Qardawi memiliki 7 orang anak. Empat puteri dan tiga putera. Sebagai seorang ulama yang sangat terbuka, dia membebaskan anak-anaknya untuk menuntut ilmu apa saja yang sesuai dengan minat dan bakat serta kecenderungan masing-masing. Dia juga tidak membezakan pendidikan yang harus ditempuh oleh anak lelaki dan perempuannya.
Salah seorang puterinya memperoleh PhD dalam bidang nuclear dari Britain. Puteri keduanya memperoleh PhD dalam bidang kimia juga dari Britain, sedangkan yang ketiga masih menyelesaikan PhD nya. Adapun keempat telah menyelesaikan pendidikan ijazahnya di Universiti Texas, US. Anak lelakinya yang pertama sedang menempuh pendidikan PhD nya dalam bidang electronic engineering di US, yang kedua belajar di Universiti Darul Ulum Mesir. Sedangkan yang bongsu telah menyelesaikan kuliahnya di fakulti kejuruteraan elektrik. Dari tujuh anaknya, hanya satu yang belajar di Universiti Darul Ulum Mesir dan menempuh pendidikan agama. Sedangkan yang lainnya, mengambil pendidikan umum dan semuanya ditempuh di luar negara. Sebabnya ialah, kerana Qardawi merupakan seorang ulama yang menolak pembahagian ilmu secara dikotomi. Semua ilmu boleh Islami dan tidak Islami, bergantung kepada orang yang memandang dan mempergunakannya. Pemisahan ilmu secara dikotomi itu, menurut Qardawi, telah menghambat kemajuan umat Islam.
Posted by Musafir at 11:20 PM 1 comments Links to this post
Labels: Know your heroes
Friday, July 18, 2008
On being busy: Corrigan’s secret door

We are all familiar with the phenomenon of being hopelessly over-stretched and wanting Corrigan’s secret door. Competing, urgent, and simultaneous demands make carrying any task all but impossible: the house officer is trying to put up an intravenous infusion on a shocked patient when his ‘bleep’ sounds. On his way to the phone a patient is falling out of bed, being held in, apparently, only by his visibly lengthening catheter (which had taken the house officer an hour to insert). He knows he should stop to help but, instead, as he picks up the phone, he starts to tell Sister about ‘this man dangling from his catheter’ (knowing in his heart that the worst will have already happened). But he is interrupted by a thud coming from the bed of the lady who has just had her varicose veins attended to: however, it is not her, but her visiting husband who has collapsed and is now having a seizure. At this moment his cardiac arrest ‘bleep’ goes off, summoning him to some other patient. In despair, he turns to Sister and groans: ‘There must be some way out of here!’ At times like this we all need Corrigan to take us by the shadow of our hand, and walk with us through his metaphorical secret door, into a calm inner world. To enable this to happen, make things as easy as possible for yourself.
First, however lonely you feel, you are not usually alone. Do not pride yourself on not asking for help. Is a decision is a hard one, share it with a colleague. Second, take any chance you get to sit down and rest. Have a cup of coffee with other members of staff, or with a friendly patient (patients are sources of renewal, not just devourers of your energies). Third, do not miss meals. If there is no time to go to the canteen, ensure that food is put aside for you to eat when you can: hard work and sleeplessness are twice as bad when you are hungry. Fourth, avoid making work for yourself. It is too easy for junior doctors, trapped in their image of excessive work and blackmailed by misplaced guilt, to remain on the wards reclerking patients, rewriting notes, or rechecking results at an hour when the priority should be caring for themselves. Fifth, when a bad part of the rota is looming, plan a good time for when you are off duty, to look forward to during the long nights. Finally, remember that however busy the ‘on take’, your period of duty will end. For you, as for Macbeth :
Come what come may,
Time and the hour runs through the roughest day.
Adapted from Oxford Handbook Of Clinical Medicine
Posted by Musafir at 10:48 PM 0 comments Links to this post
Labels: Dissecting books, Magnifying Medicine
Monday, July 14, 2008
Insulin Kemanusiaan

Aku merenung kaki kiri Ibu Melur. Kakinya berbalut kain kasa putih. 2 jarinya telah diamputasi kerana gangrene, tulah dari penyakit kencing manisnya. Tetapi mereka tetap kelihatan optimis. Sungguh mengesankan. “Bu, saya suntik Actrapidnya ya supaya bisa makan nanti.” Ujarku. “Iya doc.” Jawab ibu lembut. “kami sengaja minta doc yang berikan suntikannya kerana ibu lebih tenang dengan doc.” Suaminya bersuara setelah aku selesai menyuntik. “Kalau doc yang suntik, pasti ajak berbual dengan kami, tanyakan keadaan ibu Melur, mengajarkan kami tentang penyakitnya. Maklum saja doc, kami ini orang miskin, orang kampung. Tidak ada yang kami tahu tentang dunia perubatan yang rumit itu.” Suaminya menyambung. “ Kalau doc yang berikan suntikan, pasti dimulai dengan Bismillah. Gula darah saya tidak pernah lebih 200 sejak doc yang berikan suntikan. Suntikan doc juga tidak sakit.” Ibu Melur menambah kata suaminya. “Pesakit-pesakit di dalam ruangan ini sampai bertanya adakah kami ada hubungan keluarga dengan doc sampai kelihatan begitu mesra dengan kami. Doc, perawatan di hospital ini semuanya bagus, tetapi saya rasakan lebih tenang dan yakin pada doc. Saya rasakan hubungan yang tidak dapat saya jelaskan antara kami dengan doc. Seperti orang tua dengan anaknya mungkin..” Perlahan suara suaminya, sayu.
Aku jadi kelu. Di dalam hati aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya. Apa yang aku lakukan hanyalah apa yang lahir sendiri daripada perasaanku. Bukanlah dibuat-buat. Bukan juga aku menceritakannya di sini untuk membesarkan diri. Memang sudah menjadi tugas kita sebagai doktor untuk memberikan perubatan yang terbaik kepada pesakit, tetapi ramai yang masih belum jelas dengan istilah ‘perubatan’ itu sendiri. Ada di antara kita yang egois sehingga memisahkan diri kita dengan pesakit, sehingga interaksi kita dengan mereka hanyalah sebatas doktor dengan penyakit, bukan dengan pesakit. Kita juga sering lupa dalam kesibukan kita menghadapi begitu ramai pesakit, kita telah menganggap mereka sebagai objek yang hanya ditangani oleh pil atau suntikan. Tahukah anda ramai pesakit yang keluar daripada hospital tanpa mengetahui dengan jelas apakah penyakit mereka? Rupanya dengan menghabiskan beberapa minit bersama pesakit dan keluarganya bertanya khabar, memberikan senyuman dari hati, meng ‘update’ tentang kesihatannya, menjelaskan tentang penyakit tersebut, atau bagaimana perjalanan penyakit dan efek pengobatannya sekarang akan sangat memberikan semangat dan menjadikan anda doktor yang sebenar-benarnya di mata mereka. Jelas bahawa ilmu perubatan bukanlah segalanya untuk menjadi seorang doktor yang bagus. Kita perlu belajar melayani pesakit seperti melayani saudara kita sendiri. Islam telah mengajarkan kita untuk menghormati sesama manusia, apatah lagi mereka yang memerlukan bantuan kita. Dengan bantuan yang mereka harapkan daripada kita adalah sebesar-besar penghormatan dari seorang manusia kepada manusia yang lain. kita diiktiraf oleh mereka mampu untuk bermanfaat. Dan itulah sifat sebaik-baik manusia wahai temanku.
Mulailah dengan komunikasi yang sederhana. Tidak perlu terlalu formal dalam urusan bersama mereka, selitkan senda gurau dan kemesraan ketika berbicara supaya mereka yakin dan mampu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada anda. Wujudkan atmosfera yang nyaman agar pesakit lebih mudah untuk mengemukakan sesuatu yang terbungkam dalam hati mereka dek efek kot putih kita. Kawan, perubatan itu adalah semata-mata bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup seseorang. Jika hanya dengan bersembang sebentar bersama mereka akan menjadikan mereka merasa lebih bahagia, bukankah itu juga terhitung sebahagian daripada perubatan?
Posted by Musafir at 12:16 AM 5 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality
Sunday, July 06, 2008
Sahabat Gua
Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati
Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali
Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman
Terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran
Mari ikut rentak ku
Rentak tari dulu-dulu
Lagu marhaen sederhana
Disini tiada duka
Terima saja dengan redha
Perananmu dalam dunia
Kerana pegangan
Engkau hadapi
Dugaan ini ya Sahibul Kahfi
Kamil !
Kalimah kebenaran telah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari dia
Kita pulang padaNya
Banyak ayat mujarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan tanpa penyerahan...
M. Nasir
Posted by Musafir at 3:07 PM 1 comments Links to this post
Labels: Lyrics
Tuesday, July 01, 2008
AirAsia to Makassar!
Posted by Musafir at 12:14 AM 1 comments Links to this post
Labels: Take a break
Thursday, June 19, 2008
4. Pemburu mimpi

Seorang pahlawan adalah pemimpi yang sempurna. Yang menjadikan hitam putih dirinya berbanding orang kebanyakan adalah dia selalu melihat mimpinya sebagai hakikat yang tertunda. Perencanaan yang akan terlaksana dan hanya sisa menghitung waktu. Namun bukan semua orang tahu bermimpi. Kebanyakan orang hanya berani bermimpi hal – hal yang biasa, sesetengahnya cukup sekadar perkara kecil dan rapuh. Sedangkan yang membezakannya dengan cita – cita adalah mimpi tidak pernah terbatas dengan sesuatu yang pernah kita lihat, dengar atau rasakan. Malah kebanyakannya harus melewati garis mimpi bawahan orang – orang biasa. Mimpi adalah bentuk investasi biasa yang akan menghasilkan pencapaian luar biasa. Itulah yang dilakukan oleh seorang pahlawan; menerobos sempadan kebiasaan manusia dalam bermimpi, berfikir dan berprestasi.
Mimpi merupakan anak-anak tangga usaha yang harus didaki. Hanya yang berani melangkah akan lebih tinggi daripada yang lain. Ini adalah hukum yang jelas, bahawa tidak ada prestasi tanpa progesi. Persis seperti menaiki tangga, biarpun terpaksa jatuh bangun untuk ke atas. Itulah di antara sifat kepahlawanan. Mereka tidak berhenti pada suatu kejayaan atau kegagalan, justeru itu hanyalah merupakan batu loncatan untuk mereka meraih kecemerlangan seterusnya. Bukanlah prestasi jika anda cukup berpuas hati berdiri di anak tangga yang sama. Kerana itu mimpi adalah esensial, bukan sampingan dalam perjuangan. Segala yang anda kecapi hari ini tidak akan terbatas jika anda terus mengimpikan hal-hal lain yang mampu dilakukan. Namun sesuai adat dalam perjuangan, anda akan sering berhadapan dengan kegagalan. Ingatlah bahawa kegagalan tidak boleh menganggu sedikitpun wilayah mimpi anda. Mimpi tidak boleh selesai dengan kegagalan.
Kerana imiginasi adalah bahagian daripada proses bermimpi, seorang pahlawan juga harus bijak berkreasi dengan imaginasinya. Bukan semua bentuk imiginasi akan menghasilkan ramuan yang tepat untuk direalisasikan. Kombinasi yang tidak sesuai akan memberikan hasil yang tidak optimum, malah mungkin menghancurkan segala usaha yang dikerahkan ke arah itu. Maka kita harus kenali dengan baik imiginasi yang membangun dan menjatuhkan, lalu buatlah pilihan yang rasional. Memilihnya juga adalah kemampuan yang akan terlatih melalui pengalaman - pengalaman di lapangan amal.
Wilayah mimpi seharusnya adalah logik, dan tidak harus real. Semua perkara yang real pasti logik, sedangkan bukan semua perkara logik adalah real. Kerana logik masih bersifat abstrak, subjektif dan mampu diterokai, sesuai dengan sifat imiginasi yang liar. Sedangkan realiti akan menyebabkan mimpi kita cenderung terbatas sesuai dengan ukuran kemampuan terbaik manusia hari ini. Dan keterbatasan dalam berprestasi tidak akan mendukung pembentukan kepahlawanan dalam diri kita. Maka dalam menguruskan mimpi anda, jangan lupa untuk memperhitungkan logika. Tidak ada masalah menyertakan mimpi yang telah dicapai orang lain, yang bersifat real, tetapi mestilah jelas logik. Kita mungkin tidak mampu untuk memprediksi secara akurat takdir dari mimpi – mimpi itu, tetapi sekurang-kurangnya kita harus tetap berada dalam daerah mimpi yang masuk akal.
Terdapat daerah kelabu dalam persoalan mimpi. Hakikatnya tidak semua bentuk impian diiktiraf oleh pahlawan dalam memberikan saham kejayaan. Berangan – angan sering disalahertikan sebagai bahagian daripada mimpi, sedangkan kedua - duanya mempunyai makna yang berbeza. Inilah ikhtilaf yang harus diluruskan. Kerana satunya hanya akan menghilangkan potensi, sedangkan satunya lagi justeru terlibat langsung dalam mengkonstruksi bentuk kejayaan seorang pahlawan, dan kedua-duanya berdiri di garis sempadan yang sangat tipis. Mimpi mempunyai dasar yang rasional, mengalir di atas landasan yang solid dan mempunyai perencanaan yang teliti serta usaha yang sesungguhnya. Mimpi akan sentiasa merupakan sesuatu yang jelas, mengakar dalam jiwa, dan menjadi motivasi inisial terbesar seseorang untuk berbuat. Angan – angan pula tidak mempunyai dasar yang rasional, hanya suatu bentuk manipulasi realiti yang sering timbul dari pemikiran yang terawang – awangan dan tidak jelas. Angan – angan sentiasa bersifat tidak produktif, semacam bentuk keluhan diri atas nasib yang tidak sesuai dengan keinginannya. Hanya singgah sebentar di fikiran dan akan berlalu tanpa tindakan dan kemahuan yang jelas. Seorang pahlawan harus dapat membezakan antara keduanya, atau tanpa disedari dia hanya akan membuang – buang waktu dan tenaganya melewati jalan yang tidak menguntungkan. Kita sedang memikul tanggungjawab yang selalu melebihi daripada umur dan kemampuan yang kita miliki. Minimalkanlah kesalahan, terutama yang utama.
Mimpi adalah konstruksi basis dari suatu perbuatan, kesalahan di tingkat ini akan membentuk rantaian yang akan merosakkan segala yang dilakukan seterusnya. Ingatlah bahawa kekuatan mimpi itu terletak pada kejelasannya. Dan kejelasan bermimpi itu harus dibuktikan dengan usaha, bukan hanya bermimpi sahaja. Kerana hanya sekadar mimpi tanpa mahu berusaha adalah doktrin dari seorang pesimis, sedangkan berusaha tanpa pernah berani bermimpi adalah tanda - tanda dari seorang pengecut.
Posted by Musafir at 12:04 AM 0 comments Links to this post
Labels: Mencari pahlawan Malaysia
Sunday, June 15, 2008
Kencan kita esok malam
Dari Tsabit Al-Bunani, “ Ketika aku sedang menemui Anas Bin Malik RA, tiba – tiba anak lelaki Anas yang bernama Abu Bakar pulang dari medan perang dan segera berkata kepada ayahnya, “ Mahukah ayah aku ceritakan kisah yang dialami sahabat kami di dalam peperangan?” dia segera melanjutkan perkataannya, “Ketika kami bergerak maju berperang, tiba – tiba ada seorang pasukan yang berteriak, “wahai keluargaku! Wahai keluargaku!” Maka kami segera mendatanginya, kami kira dia sedang dirundung masalah. Lalu kami bertanya, “Apakah yang terjadi kepadamu?” laki – laki itu menjawab, “aku telah menetapkan diriku untuk tidak menikah sampai aku mendapatkan syahid agar dinikahkan Allah kepadaku dengan Hurun ‘In (bidadari). Akan tetapi setelah waktu berjalan lama, aku belum juga mendapatkan syahid. Maka aku berjanji jika pulang dengan selamat, aku akan menikah. Kemudian ketika aku tidur, aku didatangi oleh seseorang yang bertanya kepadaku, “Apakah engkau yang mengatakan jika engkau pulang dengan selamat maka engkau akan menikah?” “Benar” jawabku. Orang itu berkata, “Sesungguhnya Allah telah menikahkanmu dengan Al-Aina’ (bidadari). “
Kemudian dia membawaku menuju suatu taman hijau yang ditumbuhi rerumput yang indah. Di dalam taman itu terdapat banyak gadis cantik dan setiap gadis memakai pakaian yang keindahannya belum pernah kulihat di dalam kehidupan dunia. Aku bertanya kepada mereka, “Apakah ada di antara kalian yang bernama Al-Aina’?” para gadis menjawab, “Kami adalah pelayannya dan dia berada di depan anda.” Aku terus berlalu kemudian bertemu dengan sebuah taman yang lebih hijau dan lebih indah dari taman pertama. Di dalamnya terlihat dua puluh gadis yang kecantikan dan keindahannya melebihi gadis – gadis yang terdahulu tadi. Aku bertanya kepada mereka, “Apakah ada di antara kalian yang bernama Al-Aina’? “ para gadis menjawab, “Kami adalah pelayannya, dia berada di depan anda.” Aku terus berlalu sehingga bertemu dengan sebuah taman yang jauh lebih indah dan hijau daripada taman pertama dan kedua. Di dalam taman itu terdapat empat puluh gadis yang kecantikannya dan keindahannya jauh melebihi para gadis terdahulu. Kembali aku bertanya, “Adakah salah seorang di antara kalian yang bernama Al-Aina’? Para gadis menjawab, “Kami hanyalah pelayan Al-Aina’. Sedangkan dia ada di depan anda.” Aku terus berjalan sehingga aku bertemu dengan sebuah istana yang terbuah daripada Yaquth (mutiara merah). Di dalam istana itu terdapat sebuah ranjang dan seorang gadis terlihat duduk di tepi ranjang tersebut. Aku bertanya, “Apakah engkau yang bernama Al-Aina’?” “Benar, akulah Al-Aina’ dan selamat datang,” jawab gadis itu. Melihat kecantikan dan keindahannya hampir-hampir saja aku tidak kuasa menahan diriku, sehingga kujulurkan tanganku untuk menyentuhnya, akan tetapi gadis itu menolak dengan lembut dan berkata, “Janganlah tergesa-gesa, engkau masih mempunyai ruh di dunia. Tunggulah sampai engkau berbuka puasa bersama kami esok malam.” Maka aku segera terbangun.
Berkata Abu Bakar Bin Anas, “Belum sempat lelaki tersebut menyelesaikan pembicaraannya, tiba-tiba terdengar panggilan, “Wahai pasukan Allah, majulah dan serang!” Maka kami segera menaiki kuda kami dan menyerbu musuh, sedangkan aku terus mengawasi keadaan lelaki tadi. Aku sempat memandang kearah matahari dan kembali teringat keadaan lelaki tersebut. Saat itulah aku tidak mengetahui apakah yang aku lihat adalah kepalanya yang terpotong ataukah aku melihat matahari jatuh dari ufuknya. Semoga Allah meredhainya bersama kencannya di syurga.
Posted by Musafir at 1:30 AM 2 comments Links to this post
Labels: Stories to be told
Wednesday, June 11, 2008
Student : Sifat 10
kena tag oleh badrul. di sela2 kesibukan Internal Medicine ni, hanya larat nak jawab tag ni je. untuk artikel mohon bersabar ya, on the way insyaAllah.
I've watched a program at astro where a research has been done to see some habits of university students and here are the top 10: sleep, makan maggi, stay up, last minute assignment, dating, main game, tgk movie, afraid of seeing the lecturer for CH, lazy to wake from sleep, last minute study
1. Sleep
Yang ni rasa tak perlu dipersoalkan lagi. Saya memang cenderung untuk lelap kalau takde benda nak buat. Sebab tu selalu nampak sibuk/buat-buat sibuk supaya tak banyak umur habis dalam alam bawah sedar.
2. Makan maggi
Yang ni saya jarang makan sebab tak selera sangat. Kecuali b$ila datang nafsu maggi, 2 bungkus pun leh sekali jalan. Tp still jarang. Dah berapa bulan tak makan. Tak sihat pun. Tak baik untuk organ2 anda. Kata student medic hoho. Suka, tapi jarang.
3. Stay up
Orang tak panggil saya Makhluk Malam tanpa sebab. Mungkin juga ini adalah salah satu faktor kenapa waktu siangpun rasa ngantuk. Jadi untuk regulasi point no 1, kena kompensasi dengan point ini. Buat apa stay up sampai larut malam? Waktu itulah kita paling dekat dengan… monitor laptop.
4. Last minute assignment
Sebenarnya ini adalah hasil daripada mahasiswa yang payah dan obsess pada short-term planning dan tak pernah realis dalam executing the plan. Yang lebih menyedihkan, pengalaman tidak mampu meyakinkan tindakan ini hanya akan memberi lebih banyak mudharat dari kebaikan. Berani kerana bodoh. Seorang yang optimis tapi selalu kelewatan memghitung logika dan kebarangkalian dalam keberuntungannya pada masa akan datang. Suka ceroboh dan mencabar sempadan hukum alam dengan kedunguannya. Sentiasa menganjurkan acara pertelagahan akal dengan nafsu. Seorang pemikul beban risiko lebihan yang menyedihkan dan decision-maker yang hanya akan menakut-nakutkan kucing jirannya. Hm, Macam kenal je siapa..
5. Dating
Kebetulan belum menikah. Takleh nak jawab soalan ni.
6. Main game
Main game yang terpilih saja. Tak leh sebarangan. Antaranya Spongebob and Neptune Crown. Dah jarang main game sekarang, sangat jarang.
7. Tengok movie
Ni rajin buat. Movie sebenarnya mengandungi banyak pelajaran dari orang2 hebat yang boleh kita dapatkan, dari figur yang menjadi mastermind di sebalik pembuatan filem tersebut, ataupun jalan cerita berkualiti yang menyajikan pelbagai sisi pandangan tentang kehidupan. Jadi pilihlah filem yang anda ingin tonton, jalan main layan je. Bila tiada manfaat yang didapatkan, jelaslah ini adalah perkara yang sia-sia saja.
8. Afraid of seeing the lecturer for CH
Mende CH ni. istilah asing di bumi nusantara ni. better perjelaskan sket bila tagging yek. Kalau secara umum takdala pulak cuak tu. Antara yang lantang bersuara depan lect adala. Hehe
9. Lazy to wake from sleep
Hm, perasaan yang paling dibenci yet paling nak layan. Macam becinta pulak.
10. Last minute study
Ini pun tak jauh beza dengan explaination untuk no 4. Selalu jugak last minute study ni tapi untuk pengukuhan la. Sebab dunia clinical ni kalau tak tau benda memang nak kena la dengan doctor. Apatah lagi bila dah belajar skit, rasa euphoria nak cari tahu tentang yang lain. Nak tak nak kena belajar terus dari awal sampai akhir each department. Cuma mungkin banyak sikitnya usaha masih boleh dipersoalkan. Seriously.
Posted by Musafir at 9:50 AM 2 comments Links to this post
Labels: Tagged
Tuesday, June 03, 2008
Manusia/Malaikat
Betapa kau terlihat sempurna
Masih aku lebih mulia
Ayuh,
Sujud kucup kakiku
Jangan lawan takdirmu
Pergi kau jaga bintang bulan
Biar aku lelap di kaki Tuhan
Wahai si tolol yang menungging
Tidak layak bertanya engkau
Kesungguhan Tuhan mencipta
Sempurna padu dengan mulia
Sujudmu lugu tidak berilmu
Ikut mendewa ikut memuja
Kalimat mulia cuma senada
Apalah cinta tiada nikmat
Haram jiwa haram rasa
Kau gila dalam berbuat
Kerasukan dalam menghayat
Kerana dirimu lebih hina
Aku tidak pernah mahu sama
Oh,
Kerana kau ku lihat begitu sempurna
Aku rindu untuk menjadi mulia
Posted by Musafir at 1:50 AM 2 comments Links to this post
Labels: Beauty of art
Monday, May 26, 2008
Re-review on Habiburrahman's tale

2 penulis yang siap menggegarkan dunia!!! mesra membincangkan perancangan masing2 untuk karya akan datang hehe
Habiburrahman El Shirazy
Alhamdulillah ada kesempatan ni, jadi saya akan mengupas sedikit tentang bedah buku 'Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2' yang baru saja selesai diadakan di Baruga UNHAS pagi tadi. ada beberapa perkara menarik yang di luar jangkaan saya terjadi dalam majlis ilmu tersebut. tapi sebelum saya memulai perbincangan itu, ingin saya nyatakan kekecewaan terhadap pengurusan masa peserta (walaupun dah agak dah). hampir keseluruhan mereka tidak ada yang tepat waktu! sengaja saya ke sana tepat jam 8 kerana itulah waktunya majlis akan bermula (sampai tak sempat nak beli kuih utk breakfast sebab ingat dah terlambat). setelah sampai di sana rupa2nya saya adalah peserta pertama!! disambut dengan meriah oleh panitia lagi tu. mcm baru memenangi pertandingan kuiz pulak rasa. dapat penghormatan tulis nama pertama sekali dalam guest book hehe. setelah masuk sekejap, saya keluar semula kerana aneh rasanya duk sendirian dalam ruangan yg terlalu besar. berapa lama saya keluar? kira sempatla gi makan breakfast dan isi minyak motor kat pintu 1 sebelum kembali ke dewan. itupun setelah setengah jam saya kembali baru majlis dimulai. bayangkanla mcmna nak maju Islam kalau time management mcmni. mentaliti tentang orang lain akan datang lambat dan majlis akan bermula lambat adalah pemikiran mereka yang redha dengan penghinaan waktu. bacala buku Islami apapun, kalau tidak ada practice nya dalam kehidupan, anda hanya berangan dalam keasyikan sendiri. aiii ~ kan dah stat beceloteh.
kembali kepada bedah buku 'Ketika Cinta Bertasbih 1&2', saya bukanlah fans nya. malah buku2 novel bilangannya boleh dihitung dengan jari yang pernah saya baca. cuma kerana karya2 Kang Abik (Habiburrahman) selalu fenomenal, maka rasanya rugi kalau tak mengintip apa rahsia kecemerlangannya dalam berkarya, dan apa sebenarnya yang masyarakat inginkan dalam karya sastera. Kang Abik memulai bedah bukunya dengan tujuan penulisan Ayat2 Cinta (sebagai novel pertama yang bombastik) adalah tentang kecintaan kepada ilmu. dimulai dengan si Fahri yang terpaksa merempuh pelbagai dugaan untuk belajar talaqi dengan Syeikh Usman dll. walaupun saya tidak terlalu bersetuju jika dikatakan itulah motivasi utamanya dalam menulis karya ini, atau setidaknya, tujuan itu tidak menyapa ke semua pembaca. dia juga mengakui bahawa kisah percintaan dalam AAC hanyalah bumbu/penyedap rasa/sampingan. saya dan anda juga tahu yang menaikkan nama AAC adalah pada konflik percintaannya, sedangkan tentang perjuangan penuntut ilmu tidaklah terlalu melekat dalam hati pembaca yang telah tersihir cinta tadi. jadi saya juga tidak dapat menebak, adakah Kang Abik yang tidak mampu mendominasi AAC dengan perjuangan mencari ilmu (seperti harapannya ketika menulis buku ini) atau pembaca yang terlalu mencari gosip cinta dalam setiap lembaran bukunya sehingga niat Kang Abik tidak mampu dicerna dengan baik oleh kebanyakan pembaca. pun begitu, apapun yang diharapkan oleh Kang Abik dan bagaimanapun interpretasi pembaca, AAC tetap memberikan dampak yang positif kepada masyarakat secara umumnya. saya sepakat dalam hal ini. oh, lupa nak mention, Kang Abik sendiri mengakui filem AAC tidak sesuai dengan karya novelnya. saya rasa ada kekecewaan di balik suaranya.. cewahh!!
ketika beralih kepada Ketika Cinta Bertasbih (KCB), beliau meng'claim' ingin mengajar kepada msyarakat Islam supaya menceburkan diri dalam bidang perusahaan. kisah Azzam yang berhempas pulas bekerja menjual tempe dan bakso menghidupi keluarganya di Indonesia ketika sibuk kuliah di Al-Azhar adalah satu contoh yang dirasakan sangat memberi kesan kepada masyarakat, terutama kepada mahasiswa untuk mengubah paradigma mereka dalam pemikiran. beliau sekali lagi mengulangi pernyataannya bahawa kisah percintaan dalam novel ini adalah bumbu/penyedap cerita sahaja dan bukanlah tujuan utama penulisannya (bole caya ke? kerana buku2 rentetan daripada AAC dan KCB tidak ada yang tidak mengandungi kisah percintaa dalam karyanya, kecuali kumpulan cerita pendek yang beliau karang dalam Di Atas Sejadah Cinta kalau tak silap. dan pada akhir program ketika ditanya kenapa selalu buat cerita cinta saja, beliau menjawab sememangnya kisah cinta lah sebaik2 kisah (Surah Yusuf : 3 )). setelah beliau celoteh panjang lebar tentang KCB, saudara Aan Mansyur yang juga merupakan salah seorang panel pd majlis ini mulai mengomentar tentang buku Kang Abik. (Aan adalah graduan dari fakulti sastera UNHAS). statementnya yang agak mengejutkan adalah bila dia menyatakan buku KCB mengandungi banyak masalah dan kelemahan! dewan diam seketika. dia menyambung dengan memberikan contoh utk menguatkan hujahnya tadi. antara kelemahan yang disebutkan yg dpt saya tangkap adalah :
terlalu banyak 'kebetulan' dalam cerita ini, sehingga pembaca seakan2 dapat meneka peristiwa ke depan dan cara ini seringnya supaya jalan ceritanya lebih mudah untuk disusun penulis. more to writers, not to readers. seperti penulis mementingkan diri untuk memudahkan penulisannya.
masalah yang terlalu banyak berhujung kepada cinta. sepertinya seluruh kehidupan dalam novel ini bersandarkan kepada nafkah dari cinta. ini menyebabkan jalan cerita menjadi tidak real dan pola fikiran pembaca tidak banyak berubah.
seterusnya adalah tentang kebanyakan masalah terlalu mudah diselesaikan sehingga pada waktu wujud klimaks, pembaca menjadi kecewa dengan step-down yang terlalu cepat. sekali lagi menjadikan cerita tidak real. seperti contoh yang diberikan ketika salah satu karakter dalam cerita ini ada masalah, cukup dengan membaca alQur'an masalah langsung selesai.
beliau juga menyatakan tentang masalah sastera yang tidak terhitung banyaknya dalam KCB (kebetulan dia org sastera dan Habiburrahman tidak pernah mendapat pendidikan formal sastera, katanya belajar waktu kat pesantren sj) dan macam2 lagi yg saya tidak berapa ingat, tak berani nak tulis takut salah.
tentang cadangan dari peserta, dr Asadul Islam, pembantu dekan 3 yang merasmikan majlis ini, harus dilakukan lebih banyak research sebelum menulis novel. katanya dia sendiri tidak suka baca karya Indonesia adalah kerana tidak banyak yang melakukan penelitian dan informasi di dalam novel/buku selalu atas dasar imiginasi dan fikiran dari penulis sahaja. untuk bersaing dengan novel luar, beliau sangat menyarankan dilakukan research terlebih dahulu, terutama pada karya yang melibatkan multidiscipline seperti undang2, perubatan, geografi dll. ada juga yang bertanya adalah cerita ini benar? kata Kang, tidak. tetapi sosok2 seperti dalam KCB ada, cuma tidak sesempurna seperti di dalam novelnya.
jawapan Kang Abik atas masukan dari saudara Aan tentang banyak masalah dari segi sastera adalah kerana misi yang berbeza. tujuan utama beliau menulis tidak lain adalah sebagai salah satu method dakwah. berangkat dari alasan itu, beliau sepertinya memberikan license kepada dirinya untuk melakukan apa saja yang perlu asalkan mesej dakwah dapat disampaikan/menyambung dengan pembaca. pada saya, karya Kang Abik masih belum terlalu banyak melanggar susila sastera (walaupun boleh tahan juga banyak salahnya) sehingga masih dapat diterima oleh sasterawan kelas 2 (bukan major sastera). dan yang lebih penting daripada itu, masyarakat dengan senang hati menerima karya2 beliau dan dihargai. saudara Aan mungkin boleh mempertahankan banyaknya kekurangan dari karya2 Kang Abik, tetapi pembaca masih memihak kepada Kang Abik dalam erti menikmati hasil tulisannya. inilah yang dijelaskan oleh Kang Abik sendiri, bahawa karya sastera selalu sukar untuk dinikmati oleh orang umum (karya DBP pun memang tak ramai org beli, ini memang harus kita akui). sehingga jika terlalu rigid dalam berkarya, tidak berani melanggar pantang larangnya, pembaca harus siap untuk berusaha berimiginasi sama level dengan penulis, atau langsung hilang minat membaca. jadi bagi Kang Abik, masih keutamaannya pada perhatian dari pembaca, salah silap sastera tu bukan sengaja diabaikan, tetapi berangkat dari hukum fiqh, 'melakukan mudharat kecil untuk menghilangkan mudharat yang lebih besar'. begitulah yang dapat saya tangkap dari penjelasan beliau. dari sisi Aan, saya sedar bahawa ada tanggungjawab yang harus dipikulnya, iaitu mempertahankan maruah sastera melayu. bagi seorang sasterawan, berani utk melakukan seenaknya kepada sastera adalah seperti menghina ibu dan ayahnya sendiri. warisan bangsa bagi mereka adlah darah yang menghidupi nyawa mereka setiap saat. jelas mereka bersikukuh dengan satu lagi usul fiqh yg saya tahu, 'matlamat tidak menghalalkan cara'. tidak layak seseorang untuk mengubah jalan yang wajar hanya semata2 untuk menemukan pintasan ke tujuannya. konflik di atas panggung yang mencemaskan. masing2 mempunyai hujah yang cukup keras untuk menumbuk hujah yang lainnya. namun kedua-nya nampak tenang dan tidak saling merendahkan. bagi saya, mereka cukup professional dalam menanggapi pandangan lainnya. semoga input yang saling mereka berikan dapat difikirkan buruk baiknya. dan bagi peserta, kami mendapatkan input yang sangat menyenangkan, kerana selain daripada menghadiri sebuah majlis ilmu, kami juga mempelajari sedikit sebanyak tentang kerapian sastera dari saudara Aan Mansyur dan keberanian dalam berdakwah oleh saudara Habiburrahman El Shirazy. alhamdulillah
~
Posted by Musafir at 1:10 AM 2 comments Links to this post
Labels: Dissecting books
Thursday, May 22, 2008
Habiburrahman is in the town!!
Posted by Musafir at 10:52 PM 1 comments Links to this post
Labels: My point of view
Sunday, May 18, 2008
Jasa Garuda
Ni puisi ke 5 seumur hidup saya. Semoga ada masukan yang membina dari anda semua. Puisi ini adalah bentuk apresiasi saya kepada bumi tempat saya menagih ilmu, Negara Seribu Pulau (walaupun pulaunya berjumlah ratusan ribu) Indonesia. Segala pengorbananya kepada kami di sini tidak mungkin dapat diceritakan dengan sempurna dalam puisi ini. Peluang untuk mendalami ilmu wajib kami syukuri. Kebetulan tahun ini Indonesia menyambut ulang tahun ke 100 kebangkitan bangsanya. Puisi ini untuk si dia yang sudi menemani 4 tahun bersama saya.
p/s : garuda selalu dikaitkan dengan Indonesia. Lambang negaranya juga menggunakan symbol burung ini..
Jasa Garuda
Kayanganmu di puncak - puncak gunung negeri suralaya
Di balik kabus awan lembah kau berani mabuk menari
Dalam nadimu mengalir darah raja purba banjaran gunung
Seluas lebar sayapmu melindungi martabat negeri
Tanahmu terpecah seribu kau bangga menyatu
Tunduk syukur penuh makmur dalam mata cakarmu
Wahai penduduk kelahiran angkasa yang berdiam di bumi
Kau tidak layak meminta makanan dari tangan – tangan manusia
Jangan memilih jalan hidup burung pemakan gandum
Jangan bangun sarangmu di dahan pohonan
Kita tak mencari perlindungan di taman manusia
Tempatmu jauh tinggi mulia di angkasa raya
Jadilah seperti nenek moyangmu semenjak dulu
Setitis darah seabad masih mahu hangat
Dari rekahan bumi dan gurun mu aku tahu hidup
Hari itu aku melangkah ke dalam wilayahmu
Takjub mengintai kota seindah pengantin
Oh,
Tatapan sakti matamu bisa menghancurkan tekadku
Tapi bagimu haram menyambar mimpi sang kafilah
Dalam kolong langit dan relung hati yang temaram
Kau terbang tinggi membelah awan suramku
Ada cahaya indah yang menyenangkan
Elok dan megah serupa malaikat
Selamanya aku mahu bersemayam di sana
Berteduh di bawah bayangan sayapmu garuda
Makassar, 13 Mei 2008
Posted by Musafir at 11:07 PM 5 comments Links to this post
Labels: Beauty of art
Tuesday, May 13, 2008
Minnesota Multiphasic Personality Inventory (MMPI)
Posted by Musafir at 4:11 PM 2 comments Links to this post
Labels: My point of view
Friday, May 09, 2008
Belajar untuk menjadi gila
Kisah mereka terlalu banyak, daripada riwayat premorbid (sebelum sakit) sampailah pembicaraan langsung saya bersama pesakit di sana. Kami di sini wajib untuk anamnesis (wawancara tentang penyakitnya) sekurang-kurangnya 2 orang pesakit supaya dapat mempelajari kepelbagaian bentuk gangguan jiwa. Ada pesakit yang tidak berhenti-henti berbicara dan kebanyakannya tidak menyambung, sekadar berkata-kata saja (ada yang camni tak? Hehe) ada pula yang tidak berkutik langsung, tidak bercakap dan bergerak (catatonic schizophrenia).
Dalam lebih kurang 600 pesakit di sana, saya cukup tertarik dengan seorang pesakit, bernama A. Bicaranya lebih menyambung dan tidak terlalu mengarut, malah sering berkongsi ilmu logikanya sendiri. Kami berbicara panjang lebar hampir 20 minit. Orangnya masih tergolong schizophrenia (gila) tetapi dapat menjelaskan pelbagai hal berkaitan agama dengan agak baik. Malah dia tidak pernah meninggalkan solat sepanjang hidupnya, termasuk sewaktu di hospital tersebut walaupun dia mengakui dirinya gila dan tidak wajib solat. Dalam perbincangan kami, saya sangat tertarik dengan pernyataannya tentang hadith nabi. Dia memodifikasinya sendiri (sesuai dengan keadaannya yang gila) dengan menyatakannya daripada nabi, baginda bersabda : “ pada akhir zaman nanti, orang yang akan menegakkan sunnahku adalah mereka yang gila.” Teman-teman yang pada ketika itu ketawa mendengarkannya, saya malah menjadi terdiam dengan kata-katanya. walaupun saya tahu itu bukanlah sebuah hadith, tetapi tetap memberikan kesan kepada diri saya. Mungkinkah itu akan terjadi? Pada akhir zaman sekarang, ramai orang semakin malu untuk menunjukkan simbol dan imej seorang yang beragama. Apatah lagi tentang beramal dengan sunnah Baginda. Perlahan-lahan, agama dikikis daripada kehidupan seharian kita. Tidak sedikit yang merasa kolot dengan berimej agama, ada pula yang menilai mereka yang bangga mempamirkan gaya beragama sebagai orang yang berpuak dan tidak mampu beradaptasi dengan masyarakat. Hari ini, standar kita mulai bergeser daripada agama kepada budaya. Apa yang diamalkan dan diterima masyarakat umum akan selalu menjadi cermin dalam menilai perilaku diri sendiri. Sehingga kemuliaan dan keindahan Islam perlahan-lahan sirna dan terlihat serba kekurangan. Kita telah lama mengalami gangguan persepsi ini dan akan terus terganggu jika tiada usaha dilakukan untuk kembali ke sunnah Baginda. Umat Islam sendiri diajar untuk mengatur agamanya sesuai kehendak dunia, sedangkan Islam lah yang seharusnya mengatur bumi ini. Kesungguhan saya jadi teruji dengan pernyataan si A tadi. Adakah dia sinis dalam berbicara atau dia sendiri tidak mengerti apa yang dibicarakan bukanlah persoalannya. Hari itu saya telah berguru dengan seorang yang gila dalam beragama. Hakikatnya, inti dari kegilaan adalah perlakuan seseorang yang tidak sesuai dengan suasana dan budaya umum sehingga bila dikatakan seseorang itu gila jika memperjuangkan sunnah Baginda yang mulia di zaman ini, saya akan bersetuju.
Posted by Musafir at 11:42 PM 7 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality
Wednesday, May 07, 2008
Madness in May
Just starting my psychiatric posting. Very excited to learn more about human behaviors! 4 weeks with people who have a different view of life. Just wait for my interesting stories insyaAllah. Sometimes crazy people can be very inspiring! ;)
Posted by Musafir at 1:33 AM 0 comments Links to this post
Labels: My point of view
Saturday, May 03, 2008
Pesan untuk kaum muslim

Wahai kau yang lahir di bumi seindah mawar
Yang lahir dari rahim peribadi
Jangan ingkar akan peribadimu!
Berpeganglah padanya!
Jadilah setitik air dan reguk samudra ini!
Sang peribadi yang berkilauan itulah sifatmu
Perteguh peribadimu dan kau kekal selamanya
Banyak manfaat yang akan kau dapat
Kau punya wujud, tapi takutkah kau jika tak berwujud?
Wahai yang tolol, luruskan pengertianmu
Sebab aku mengetahui harmonisasi hidup
Maka akan kusingkapkan rahasia kepadamu
Tentang kehidupan:
Gali dirimu jadi mutiara
Dari khalwat batinmu lahirkan dirimu
Di bawah asap dan abu bara mengumpul
Bernyalaan menyilau mata.
Pergilah, bakar rumah bencana
Kelilingi diri jadi nyala api penuh gerak!
Apakah artinya hidup jika tak mampu melepas diri
Dari orang lain
Dan anggap dirimu sebagai Ka’bah?
Rentang sayapmu dan bebas dari gaya tarik bumi
Seperti burung-burung jangan mau jatuh
Tapi, kalau kau bukan burung
Jangan membangun sangkar di atas gua
Kau akan bijaksana.
Wahai kau pencari ilmu
Kusampaikan bagimu pesan Rumi:
“Jika ilmu sebatas kulit, dia jadi ular
Jika ilmu meresap sampai ke hati, dia jadi sahabat.”
Pernahkah kau dengar tentang seseorang ahli di Rum
Mengajarkan filsafat di Aleppo?
Dia terburu-buru mengatakan bukti-bukti pengetahuan
Dari pikiran yang terombang-ambing di kegelapan laut badai
Dikupasnya skeptisisme dan neoplatonisme
Dihubungkannya dengan metafisika
Dijabarkannya soal-soal peripatetika
Cahaya akalnya menerangi segala yang gelap
Tumpukan buku terhampar di sekeliling dirinya
Di bibirnya tergantung kunci seluruh rahasia
Shams-i Tabriz seorang sufi pengelana
diajak Baba Kamaluddin Yundi
Menjumpai Rumi untuk memberikan pandangannya
Tapi, Rumi dengan suara langtang berkata kepadanya:
“Apa faedahnya semua omong kosong dan bualan itu?
Apa gunanya qias, waham serta istilah itu?”
“Sabar dulu, tolol!” sahut sang Sufi.
“Janganlah engkau remehkan
Pengetahuan seorang terpelajar sejati.
Keluarlah kau dari kuliah ini!
Ini adalah keterangan dan percakapan
Tak ada kaitannya dengan dirimu
Uraianku di luar batas akal-pikiranmu-
Kau tak akan faham.”
Namun, diam-diam perkataan Rumi membekas di sanubarinya
Jadi api dalam sekam dalam jiwanya
Api rohaniyah membakar tumpukan lalang akali
Dan dia bakar seluruh buku filsafatnya
Karena selama ini dirinya jauh dari mukjizat Sang Cinta
Dan buta akan cinta kasih.
Maka, jangan kau campak ilmu ketuhanan ke belakangmu
Jangan kau jual agama demi sepotong roti
Bagi kau yang tergila mencari barang murahan
Tak kau sadar kegelapan matamu
Carilah inti kehidupan dari mata pedang sendiri
Peliharalah kemurnian Islam
Tapi jangan kau cari nyala cinta dari ilmu yang lain
Jangan reguk fitrah hakiki dari piala sang kafir
Lama aku terbentur ke sana ke mari
Mempelajari rahasia ilmu baru:
Penjaga tamannya membujuk diriku
membelai bunga-bunganya
Sekuntum tulip mengingatkan diriku
Jangan cium bunga-bunga itu
Mawar kertas dengan wewangian palsu
Karen ataman itu tak dapat memusnahkan diriku
Maka, aku bersarang di pohon Syurgaku sendiri
-Ilmu moden adalah kebutaan yang akbar!
Memuja patung, menjual arca dan membangun kuil
Sembari kita terikat dalam penjara fenomena
Tak sanggup dilampauinya batas nyata ini
Akan terjatuh dia tatkala meniti jembatan kehidupan ini
Seperti mengiris leher sendiri
Meski ada padanya nyala, namun dingin dia rasakan
Fitrahnya tak tersentuh nyala cinta
Jangan salah ukur kau pada lagu orang lain
Wahai, yang mengemis seiris kerak dari meja orang
Apakah akan kau cari bagianmu di warung orang lain?
Kita yang menjaga benteng Islam
Akan jadi kafir sebab mengabaikan panggilan Islam.
Muhammad Iqbal
Pakistan
Posted by Musafir at 11:17 PM 0 comments Links to this post
Labels: Beauty of art
Sunday, April 27, 2008
Secangkir kopi semanis puan (cont.)
klik di sini untuk membaca bahagian pertama.
Baru tengahari tadi Dr. David juga berbicara tentang orang Malaysia. Di depan saya dan Hidayah, Dr. David berceloteh panjang lebar kepada residen dan teman-teman Indonesia kami yang lain. Masih saya ingat semuanya. “ Saya kalau melihat saja mahasiswa Malaysia saya sudah tahu mereka dari Malaysia. Bukan dari pakaiannya, tapi dari penampilannya yang percaya diri! air mukanya saja bisa menjadikan mereka doktor yang lebih baik. Mereka tahu bagaimana untuk membawa diri dalam bermacam situasi. Mereka ada adab, sopan dan confidence! Jelas kelihatan bedanya sama mahasiswa Indonesia. Kerana apa? Pembangunan moral dan akhlak di negara mereka lebih baik dari kita. Rakyatnya punya jati diri dan bisa terampil dalam masyarakat. Kalau kita, apa yang kita ada??! Sudah miskin, sombong lagi. Egois!! ” Rasanya seperti semua sendi di badan dislokasi bila mendengar penyataan doktor tadi. Bagaimana nak menatap wajah teman-teman Indonesia dan residen bila mereka telah direndahkan oleh Dr. David berbanding kami?? Saat itu juga rasa down yang luar biasa saya rasakan. Tidak lain adalah kerana hakikatnya saya tidak sebaik itu. Mungkin ada mahasiswa Malaysia seperti itu, tetapi bukan saya. Saya merasakan kata-kata itu melambung tinggi dan kembali menghentam diri ini. Saya hanya mampu kaku terdiam. Lutut tidak lagi terasa menyanggah tubuh. Rasa sedih bercampur kecewa pada diri sendiri tidak putus-putusnya saya rasakan. Bagaimana kalau Dr. David melihat sendiri perangai baru mahasiswa Malaysia? Setandan pisang tak semuanya baik. Apatah lagi yang buruk suka gugur dulu, ingin berbangga memperlihatkan dirinya…“Kamu!” pandangan bola mata Dr. David tepat menembusi wajahku. Langsung saya tersentak dari fikiran yang serabut tadi. “Alamak, apa dia nak tanya ni.” Bisik hatiku. “Ya doc.” Saya menjawab. “Cuba kamu bunyikan systolic murmur.” Pinta Dr. David. “Laa, aku kat bahagian cardio ke neuro ni. Ada ke suruh buat bunyi jantung. Dahla belum posting kat cardio lagi.” Hatiku mengeluh. Em, buat sajalah apa-apa yang teringat. “chuuuuuuuurrrrr……” Sengaja saya panjangkan bibir ke depan. Dr. David langsung menyatakan bunyi itu salah. Lantas dia bertanya kepada yang lain, kenapa saya salah? Tidak ada yang menjawab. “ Dia salah menjawab kerana dia belajar di Makassar. Kalau di negara lain dia pasti bisa membunyikan dengan baik.” Kata Dr. David menjawab sendiri pertanyaannya. “ Pulaaak…takkan aku tak boleh jawab satu Makassar yang tanggung salahnya. Aduila.. makin berat rasanya bebanan ini. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dengan manusia dan permudahkanlah diriku mengurusi nafsuku. Sesungguhnya Kaulah sebaik-baik Pengatur..”
“Nurse, infuse nya terlepas!” kata seorang makcik tua separuh menjerit. Saya yang sedang tenggelam memikirkan perkara siang tadi, agak terkejut dengan suara makcik tadi. Suaminya yang sedang sakit terlalu banyak bergoyang sehingga infuse nya tercabut. Setelah diperiksa Mirna, infuse nya tidak boleh dipakai lagi kerana telah bengkok. Kak arni langsung menawarkan pada saya untuk memasangkan infuse yang baru. saya mulanya agak ragu kerana ini pesakit ICU, bukan boleh sembarangan. Tapi saya yakinkan diri dan mula menusuk jarum infuse dengan bismillah. Alhamdulillah dengan sekali cuba saya sudah berhasil walaupun agak susah mencari venanya sampai ke lengan. Ketika saya baru saja selesai, tiba-tiba terdengar suara tangisan disertai bunyi flat line dari monitor, dari bahagian depan nurse station. Kami bertiga langsung bergegas ke pesakit tersebut. Setelah meminta ahli keluarganya menjauh sedikit dari katil, kami memeriksa tanda-tanda vitalnya. “Sudah tidak ada ini kak. Bagaimana? Mahu di CPR tidak??” tanya saya. “Tidak bisa doc, pesakit ini trauma kepala dan dada. Tulang rusuknya sudah multiple fracture. Jadi kalau di CPR jantungnya bisa robek.” Kata kak arni perlahan. Baru saya tahu pesakit ini juga mengalami trauma di dadanya. Saya jadi serba salah, tindakan menyelamatkan juga dapat menjadi penyebab kematiannya. Budak berusia 12 tahun ini luka parah setelah mengalami kemalangan jalanraya. Sebelum ini saya cuma tahu dia mengalami epidural hematoma. Tapi sudah dibedah kepalanya semalam. Tidak banyak yang mampu saya lakukan. Mirna yang dari tadi menghilang muncul kembali bersama doktor anastesi bertugas. Setelah diperiksa beberapa kali, doktor mengumumkan waktu kematiannya tepat jam 0134. Bertambah kuatlah tangisan keluarganya. Beberapa ibu saling berpelukan sayu menangisi pemergian ahli keluarga mereka. Salah seorang daripada pemuda yang dari tadi membacakan Al-Qur’an masih tetap khusyuk melantunkan ayat-ayat suci ke telinganya. Subahanallah, mudah-mudahan Allah meringankan ruhnya pergi dengan berkat firmanNya sentiasa bergema disekelilingnya. Muda, tiada dosa. “Sesungguhnya ada kebaikan setelah keburukan. Maka sesungguhnya ada kebaikan setelah burukan..”
Saya berjalan perlahan kembali ke nurse station. Rasa kesal terus menyelubungi saya setiap kali menyaksikan kematian. Bukan ingin melawan takdirnya, tetapi selalu mempersoalkan masih ada apa lagi yang belum saya lakukan untuk menyelamatkan nyawanya. Saya terduduk diam. Diam dan termenung sebentar sebelum dikejutkan dengan suara seorang wanita. “ Silakan minum kopinya doc.. ” Rupa-rupanya ibu tadi yang menghidangkan kopi. Kaca mata besarnya dan senyuman manisnya yang tidak putus - putus menjadikan dia mudah diingati sesiapa saja yang melihatnya. “Ya bu.” Ujar saya sambil cuba menyembunyikan wajah murung tadi dengan senyuman seikhlas mungkin. Kak arni dan mirna masih sibuk menguruskan jenazah. Banyak peralatan yang melekat di badannya yang harus dibuka. Saya hampiri gelas kopi tadi. Masih hangat. Aromanya saja sudah menyegarkan mata yang agak berat menahan kantuk dari tadi. Ibu tadi masih tersenyum melihat saya. Sedang saya asyik menikmati aromanya, saya lihat salah seorang ahli keluarga yang meninggal tadi menghampiri nurse station. Cepat-cepat saya meletakkan semula gelas kopi tersebut ke atas meja. “ Mungkin ada yang mahu dibicarakan dengan aku.” Bisik hati kecil saya. Rupanya ahli keluarganya itu mahu berbicara dengan ibu yang dari tadi berdiri di depan saya. “Sabar ya kak, ini semua ujian dari Allah..” Kata ahli keluarganya kepada ibu tadi. Pada saat itu barulah saya sedar, ibu yang menghidangkan saya kopi panas ini adalah ibu kepada anak yang baru saja meninggal tadi. Saya tersentak. Ibu tadi mulai menitiskan air matanya setelah membenamkan wajahnya ke bahu ahli keluarganya tadi. Mereka berjalan perlahan keluar dari ICU bersama jenazah anak kecilnya meninggalkan saya yang masih berdiri di situ. Gelas kopi di atas meja tadi masih erat di tangan saya. Saya terkedu sendirian. Saya tidak habis berfikir bagaimana ibu tadi masih mampu tersenyum kepada saya walaupun anaknya baru saja pergi meninggalkannya. Saya jadi bingung bila dia memilih untuk memastikan saya mencicipi kopinya berbanding meratapi pemergian anaknya di tempat pembaringannya. Mungkin kerana perasaan hormatnya kepada mereka yang telah membantu memperjuangkan nyawa anaknya setelah sekian hari berpacu dengan ajal. Atau mungkin kerana dia tidak merasa dengan bersedih, dia akan dapat mengembalikan semula si buah hati ke pangkuannya. Atau mungkin, kerana dia memang adalah manusia yang penuh dengan adab, kesopanan dan perasaan rendah diri. Saya memutuskan untuk berhenti pada alasan ini. Pada hari itu, saya menyaksikan bahawa bangsa ini yang dikatakan mundur daripada kebanyakan bangsa - bangsa lain di dunia, mampu mekar dan berdiri bangga dengan identitinya. Pada hari itu, saya menikmati perlahan – lahan secangkir kopi yang paling enak rasanya di seluruh dunia. Sungguh, tidak ada yang lebih nikmat daripada secangkir kopi semanis puan.
Hospital Pelamonia, Makassar
26 April 2008
Posted by Musafir at 12:10 PM 4 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality
Wednesday, April 23, 2008
Barisan tentanganku

Saat stetoskop terasa beban dileher, seperti seluruh sendi rasa terkehel
Saat perawat lancangnya bermacam, membalas dahulu sebelum berdendam
Saat pesakit lagaknya bijak, arahan doktor diinjak-injak
Saat farmasi bergurau senda, ubat biasa dicari merana
Saat kawan adalah lawan, biar berbunuhan asal dirinya nyaman
Saat peralatan jauh dari sempurna, nyawa menjadi timbangan harta
Saat protokol panjang berjela, seperti berjalan mengelilingi dunia
Saat bersedia hanyalah kata-kata, belum cuba belum rasa
Saat perwira adalah pecundang, bukan tangan ini yang menyembuhkan
Saat ikhlas jadi taruhan, terlalu mudah mendapat sanjungan
Saat kematian dijadikan pilihan, nyawa ditawar sesama insan
Saat apa yang ku pelajari, tidak mampu ku fahami
Saat darah berpacu ke kepala, inginku muntahkan segala isi dunia
Saat keringat tidak berhenti mencurah, bertambah panas bertambah seksa
Saat kaki berjalan sendiri, menghuyung badan ke timur ke barat
Saat mata sayup meredup, selamanya rela menemani sang malam
Saat perut melolong kosong, perih berdarah memakan diri
Saat bibir rindukan air, tujuh lautan sanggupku habisi
Saat tubuh menjauh dari tilam, seakan tulang ikut tinggal terbenam
Saat telinga melingking ditengking, semanis kata apapun terasa kering
Saat itu,
Ku hanya memohon kepadaMu,
Agar jangan pernah Kau hapuskan senyumanku.
Sungguh,
Diriku sedang menikmati semua ini.
21-4-2008
Hospital Pelamonia, Makassar
Posted by Musafir at 5:39 PM 6 comments Links to this post
Labels: Beauty of art
Sunday, April 13, 2008
Sekotak rokok buat Indonesia

Hidup sebagai makhluk yang kompleks menyebabkan diri kita sentiasa mempunyai keperluan yang lebih banyak berbanding mana-mana hidupan di bumi. Dari segi fisiologi tubuh, emosi, spiritual dan keperluan lainnya, kita jelas berbeza dengan makhluk lain. Kita juga tahu bahawa manusia adalah merupakan makhluk yang hidup berkelompok. Kita mungkin tidak dapat mempertahankan survival generasi manusia sampai saat ini tanpa saling bergantung harap antara sesama kita. Manusia yang cuba untuk hidup sendirian akan melanggar fitrahnya sehingga dapat mengakibatkan gangguan mental yang sangat berbahaya. Tidak ada manusia yang mampu untuk menikmati hidup ini tanpa berhubung dengan manusia lainnya. Kurniaan nikmat Allah iaitu akal, hanya dapat dioptimumkan penggunaannya bila digunakan di antara manusia itu sendiri. Kerana itu kita sentiasa memerlukan komunikasi sebagai perantara akal yang menghubungkan sesamanya. Secara mudah, berkomunikasi adalah satu dari bentuk apresiasi buat akal kita. Oleh kerana kita adalah makhluk yang kompleks, kita memerlukan pelbagai bentuk komunikasi untuk berhubung. Dan yang paling penting di antaranya adalah lisan. Secara umumnya, kita dapat memindahkan informasi dengan lebih tepat dan mudah dengan menggunakan lisan berbanding cara komunikasi lainnya. Tetapi lisan juga adalah bentuk komunikasi yang paling terbatas. Contohnya dua orang yang saling tidak tahu tentang bahasa yang lainnya akan menghadapi kendala dalam berkomunikasi. Dalam hal ini, bentuk komunikasi lain adalah lebih efektif, seperti visual, yang bersifat global dan objektif. Contohnya jika anda berada di Mesir dan sedang mencari jalan ke piramid, anda cukup menunjukkan atau mengambar piramid kepada penduduk di sana, walaupun anda tidak tahu berbahasa arab.
Dalam menjadi khalifah di bumi, kita wajib untuk menguasai komunikasi dengan baik. Kerana mesej Allah harus sampai ke tiap telinga yang tercipta, tiap mata yang berkedip, dan tiap jiwa yang kering. Dan hanya dengan komunikasi maka mesej itu dapat dipindahkan dari manusia ke manusia yang lain, dengan izin Allah. Begitu pula tentang perubatan. Walaupun kita hanya menggunakan satu ‘bahasa’ di seluruh dunia, itu tidak berlaku untuk orang umum. Mereka tidak dapat memahami istilah perubatan yang rumit dan aneh, melainkan kita mampu menjelaskan sesuai tingkat pendidikan mereka. Bahkan, suatu kata yang bukan merupakan istilah perubatan juga dapat di salah interpretasikan jika penjelasannya dalam bahasa yang kita tidak terlalu kuasai. Hal ini pernah terjadi pada diri saya sewaktu KKN (kuliah kerja nyata) tahun lalu. Di sini saya ceritakan sedikit latar belakang tentang program ini. KKN adalah sebuah program Universiti Hasanuddin yang memicu mahasiswa untuk menyumbang kepada rakyat. Di Indonesia, mahasiswa benar-benar dilibatkan dalam pembangunan sumber daya manusia untuk memajukan negara. Kami benar-benar merasakan ini sebagai tanggungjawab yang sangat besar dan dalam masa yang sama kami bersyukur. Kami sangat merasa dihargai sebagai mahasiswa dan sebagai manusia, yang kedua-duanya peranan kami memang wajib bermanfaat kepada orang lain. Kami yang terdiri daripada mahasiswa dari beberapa fakulti akan tinggal di sebuah kampung selama 3 bulan untuk melakukan apa sahaja projek yang dirasakan dapat memberi manfaat kepada warganya, sesuai dengan profesi masing-masing. Kami dari fakulti perubatan merancang pelbagai program, dan di antaranya adalah mengadakan kempen berhenti merokok. Budaya merokok di Indonesia yang boleh dikatakan seperti budaya makan nasi, menyebabkan kami yakin kempen ini harus dilaksanakan.
Kami mengadakan penjelasan tentang bahaya merokok di masjid kampung tersebut , tepatnya pada hari jumaat memandangkan ramai orang akan hadir untuk solat jumaat. Saya ditugaskan oleh rakan Indonesia lainnya untuk menyampaikan penjelasan tersebut kepada jemaah. Katanya kalau orang asing yang menyampaikan nanti lebih ramai yang nak dengar. Alasan yang selalu diberikan mereka sambil tersenyum 5 cm kalau nak mintak tolong. Memandangkan cuma 2 orang lelaki dari fakulti perubatan dan hanya saya yang muslim, saya ‘terpaksa’ bersetuju dengan permintaan mereka. Setelah mengimami solat jumaat, saya bersiap untuk menyampaikan penjelasan. Setelah poster dinaikkan dan jemaah selesai menunaikan solat sunat ba’diyyah, saya mulai berceloteh panjang lebar tentang rokok. Segala keburukannya saya bongkar dan aibnya saya dedahkan. Saya yang agak pede (percaya diri) setelah melihat beberapa jemaah mengangguk-angguk (belum tentu tanda setuju) melanjutkan lagi dengan penuh semangat. Saya keluarkan pula statistik dan gambar-gambar berkaitan komplikasi merokok. Makin ramai yang kelihatan tidak senang duduk. Mana tidaknya, ada di antara mereka telah bersama rokok selama hampir 40 tahun. Saya berkata kepada jemaah dengan suara lantang “ jika bapak-bapak merokok 1 kotak setiap hari selama 20 tahun, uang rokoknya udah bisa beli mobil Toyota Innova baru! “. Saya merasa setiap perkataan lancar keluar dari mulut, semuanya disadur dengan dialek Indonesia yang baik. Saya dapati beberapa jemaah mulai melopong. Saya berasumsi mereka pasti cuak dan ketakutan dengan kedahsyatan rokok yang setiap harinya mereka sedut. Sebahagian daripada mereka menggelengkan kepala (tanda menyesal…kot) dan sebahagian lagi terus melopong. Terkebil-kebil seperti orang kebingungan. Saya mulai rasa ada yang tidak kena. Ada apa dengan ekspresi mereka? Teman-teman Indonesia saya yang dari tadi duduk di barisan belakang kelihatan geli hati mengetawakan sesuatu. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata kepada saya separuh menjerit “ Yazid, sebungkus, bukan sekotak!! ”. Barulah saya faham kenapa mereka seperti kebingungan dan separa takjub dengan pernyataan saya sebelumnya. Rupanya saya lupa menggantikan perkataan ‘sekotak rokok’ menjadi ‘sebungkus rokok’. Jika di Indonesia, sebungkus rokok itu sama dengan sekotak rokok dalam pengertian kita. Tetapi jika sekotak rokok dalam bahasa Indonesia bermaksud sekarton rokok dalam bahasa kita! Saya sendiri ketawa setelah kawan saya membetulkan perkataan saya yang salah tadi. Jemaah kemudian juga ikut ketawa setelah menyedari kekhilafan saya. Sekuat manapun orang Indonesia merokok, takkan ada yang mampu merokok sehari ‘sekotak’.
Posted by Musafir at 12:13 PM 3 comments Links to this post
Labels: 'Real' in Reality
Monday, April 07, 2008
Sleeping facts
- It's impossible to tell if someone is really awake without close medical supervision.
Argghhh!! please stop sleeping la yazid oiiii !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Posted by Musafir at 12:28 AM 4 comments Links to this post
Labels: My point of view
Sunday, April 06, 2008
Konflik cinta
Benarkah kita selalu menilai apa yang belum kita punyai sebagai sesuatu yang lebih nikmat daripada apa yang telah kita miliki?
Kita harus akui bahawa sesuatu yang kita miliki tidak akan pernah menjadi yang terbaik jika kita masih memberi peluang kepada diri untuk mendapatkan yang lain. Konflik ini selalu terjadi kerana manusia mempunyai kecenderungan mengubah tingkat kenikmatannya terhadap sesuatu perkara. Walaupun jelas dia belum pernah menikmati apa yang belum dia miliki untuk dibanding – bandingkan dengan apa yang pernah ia rasakan. Itu hanyalah asumsi dirinya bahawa pasti masih ada sesuatu yang lebih nikmat. Pun begitu, kita hanya akan membandingkan dan mengatur tingkat kenikmatan sebatas apa yang ada di dalam wilayah pengetahuan kita. Seorang anak Afrika tidak akan berfikir adanya hidangan yang lebih nikmat daripada sup akar atau serangga bakar, jika dia tidak pernah mendengarkan atau lebih lagi, merasai dingin dan manisnya ais krim. Selagi kita mampu mendapatkan pengetahuan tentang perkara yang baru, kognitif dan persepsi kita akan sentiasa ikut berubah. Dan pastinya akan memberikan definisi baru kepada ‘nikmat’ itu sendiri. Mempunyai set persepsi yang baru bukanlah satu kesalahan, malah itulah yang menjadikan akal manusia sentiasa berevolusi. Persoalannya adalah bagaimana kita mengaturnya agar tidak memadamkan persepsi yang lama, tetapi saling memaknai antara keduanya. Jadi ingat! Sesuatu yang baru dalam hidup adalah pasti, tetapi itu bukanlah indikasi dari perlunya untuk menggantikan persepsi.
Benarkah setelah kita mendapatkan apa yang kita inginkan, kita cenderung merasa bosan dengannya?
Merasa bosan adalah akibat dari hilangnya rasa puas. Seseorang yang mampu untuk setia dengan tingkat kepuasannya pasti tidak akan pernah merasa bosan. Namun kebiasaan manusia yang sering mengubah standar ‘puas’ nya menyebabkan hampir mustahil untuk seseorang memiliki kepuasan yang sama terhadap semua perkara sepanjang waktu. Tingkat kepuasan seluas imiginasi dan setinggi infiniti akan sentiasa menjanjikan rasa bosan setiap kali kita telah mengecapi sesuatu, walaupun pada ketika itu tidak ada seorangpun yang lebih puas daripada kita di dunia ini. Sepertinya puas itu tidak akan pernah dinikmati, kalaupun bisa hanya bersifat sementara. Benarkah? Saya sendiri masih merasa berat untuk berhenti pada satu tingkatan ‘puas’ sahaja. Kita mudah membayangi ukuran-ukuran kepuasan orang lain pada diri kita, walaupun kadangkala itu tidaklah memuaskan diri sendiri. Di sinilah pengaruh sosial berperanan dalam kehidupan seseorang. Terdapat beza yang sangat tipis antara budaya yang dibangun sosial dan sifat fitrah murni manusia itu sendiri. Kepuasan itu adalah fitrah manusia, tetapi sifat ini sering dipengaruhi oleh kehidupan sosialnya, walaupun tidak selalu begitu. Namun yang menarik tentang sifat ini (dengan mengakui segala kekuatannya yang mengerikan), kita mampu memilikinya dalam apa jua keadaan, malah dalam kesusahan, kekecewaan dan kegagalan. Asalkan kita mampu mengatur tingkatannya. Dan tidak ada kekuatan yang mampu mengaturnya selain sifat syukur. Anda cukup memiliki apa yang anda punyai sekarang untuk merasa puas. Sabda Nabi : “ lihatlah kepada orang yang ada di bawah kamu, dan janganlah melihat kepada orang yang ada di atas kamu. Hal ini lebih layak agar kamu tidak meremehkan nikmat Allah atas kamu.” Pelajari dan amalkanlah rasa bersyukur, nescaya anda tidak akan pernah merasa bosan menikmati kehidupan ini.
Benarkah kita lebih menghargai sesuatu bila kita kehilangannya?
Saya mengalami banyak kehilangan dalam kehidupan saya. Tetapi tidak semuanya lebih saya hargai dengan kehilangannya. Namun ada yang sangat saya sesalkan dengan pemergiannya. Sesal yang membuatkan saya sanggup menukarkan apa sahaja di dunia untuk menemuinya kembali. Saya lebih menghargainya ketika tidak lagi memiliki. Tetapi benarkah situasi dan keadaan berpengaruh dalam kita memaknai atau menghargai sesuatu? Bukankah sesuatu yang kita hargai itu jelas, dan yang tidak kita hargai itu jelas, walau masih memilikinya ataupun tidak? Bagaimana mungkin kita menghargai sesuatu yang sama, lebih daripada sebelum kehilangannya? Dari pengalaman peribadi, saya akan menghargai jika sesuatu itu terus memberikan manfaat dan kebaikannya, walaupun saya tidak lagi memilikinya. Tetapi saya lebih menghargai sesuatu yang dengan kehilangannya, saya tidak akan pernah lagi merasakan kenikmatan yang sama, walau apa saja yang cuba menggantikannya. Saya akui, saya masih terikat dengan pernyataan ‘lebih menghargai sesuatu bila kehilangannya’, tetapi itu bukanlah bererti saya tidak menghargai sewaktu masih memilikinya. Pada saya, keduanya adalah bentuk apresiasi yang berbeza. Menghargai sesuatu dengan kehadirannya adalah cara kita mengiktiraf kebaikan dan manfaat yang dibawa bersamanya. Sedangkan lebih menghargai setelah ketiadaannya adalah bukti keikhlasan penghargaan yang telah kita berikan sepanjang kita memilikinya. Dan itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat.
Posted by Musafir at 8:47 PM 1 comments Links to this post
Labels: My point of view
Saturday, March 29, 2008
3. Sisi hipokrit
Sesuai karakter yang tinggi melangit, mereka dikukuhkan dengan akar kepahlawanan yang dalam membumi. Sosok mereka sering dikaitkan dengan istilah tak terkalahkan dengan apapun. Maka dalam setiap apa yang mereka lakukan akan sentiasa berbau kesempurnaan. Pada hakikatnya, yang menjadikan mereka pahlawan bukanlah sifat suci dari noda kebiasaan manusia, tetapi kerana kewibawaan mereka yang sentiasa menenggelamkan kejelekannya. Dan dalam segala daya yang mendongkrak pahlawan untuk merebut kesempurnaan, hipokrit lah yang paling kuat melawannya.
Hipokrit adalah antagonis dari sejumlah sifat kepahlawanan. Sifat ini dengan mudah akan memakan dan menghancurluluhkan amal dan kebaikan seseorang. Semua agama dan bangsa tidak pernah menerima hipokrit dalam wilayah dogma mereka. Tentera Jepun suatu ketika dahulu pernah mengamalkan tindakan nekad kamikaze hanya untuk menjaga kemuliaan status kepahlawanannya dari berbau hipokrit akibat kekalahan. Islam sendiri mengecam para munafik dengan menjanjikan tempat paling bawah di dalam neraka buat mereka. Pun begitu, kerana yang tidak pernah hipokrit hanyalah mereka yang maksum, pasti tidak semua pahlawan bebas daripadanya. Kenyataan ini menjadi bukti bahawa lebih mudah mengatakan daripada berbuat. Namun kecenderungan mengalami bukan bererti ketidakberdayaan menghindari. Justeru hanya mereka yang sepanjang hidupnya sanggup bergelut dengan kemunafikan dalam diri lah, yang mempunyai posisi dalam barisan kepahlawanan.
Ya, hipokrit bukanlah perkara mudah untuk dihindari. Berangkat dari kenyataan ini, anda haruslah mengetahui titik-titik kelemahan diri anda yang harus diwaspadai kerana setiap orang mempunyai kecenderungan yang berbeza. Sebahagian kerana jahil, ada yang melebihkan cintanya kepada makhluk, yang lain sekadar menurut nafsu dunianya. Seorang pahlawan bukanlah mereka yang tidak pernah munafik, tetapi mereka yang cepat menyedari dan berusaha mengatasinya. Dan mengatasinya perlukan kesedaran. Kesedaran itu pasti datang dengan refleksi yang berterusan. Manakala reflektor yang terbaik adalah sahabat, dan sebaik-baik sahabat adalah mereka yang dengan mendekatinya akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Merekalah yang setiap waktunya berdampingan dengan kita dan paling mengenali kita.
Futhur (merasa lelah dengan perjuangan) dan hipokrit mempunyai titik persilangan dalam beberapa hal. Namun keduanya tidak lahir dari rahim yang sama. Seorang yang hipokrit sudah pasti memiliki jiwa yang futhur, tetapi mereka yang futhur belum tentu hipokrit. Futhur adalah perhentian atau istirehat sejenak seorang musafir untuk melepaskan kepenatannya kerana perjalanan yang terlalu memeras tenaga dan jiwanya. Manakala hipokrit lebih menyerupai seorang yang berpatah balik dari perjalanannya kerana tidak tahan bergelut dengan kemahuan jiwa atas godaan sepanjang jalan yang telah ia lalui. Merasa futhur di sepanjang garis kehidupan seorang pahlawan adalah perkara normal. Kerana kita tahu hakikat iman itu sendiri bersifat inkonsisten. Ada turun dan naiknya. Dan tidak ada ubat yang lebih manjur untuk mengembalikan vitaliti seorang pahlawan, selain kejelasan matlamatnya dalam berjuang. Kerana seseorang yang mampu melihat cahaya matlamatnya pasti akan di tuntun olehnya untuk sampai ke destinasi, walau sekecil apapun percikan cahayanya, sesukar manapun perjalanannya. Dia tahu ke mana perlu mengarah. Mereka yang tidak mempunyai cahaya hanya akan berlegar-legar tanpa keyakinan, walau semudah apapun medannya.
Hamamah bin Abi Hamiyah sahabat nabi pergi menuju ke Asfahan pada masa pemerintahan Umar untuk berperang. Dalam perjalanannya ia berdoa, “ ya Allah, sesungguhnya Hamamah sangat rindu untuk bertemu denganMu, maka jika apa yang dikatakan Hamamah benar maka teguhkanlah kekuatan hatinya untuk menemuiMu. Akan tetapi jika apa yang diucapkan Hamamah tidak benar maka kurniakanlah kekuatan hati untuk menemuiMu, walaupun dia membenci hal itu. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan Hamamah kembali pulang dari perjalanan ini. ” Hamamah berjuang dengan penuh keyakinan mendapatkan gelar syahid, meluluh-lantahkan sisi hipokritnya, dan merebut takdirnya sebagai pahlawan.
Posted by Musafir at 9:49 AM 4 comments Links to this post
Labels: Mencari pahlawan Malaysia














